Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 15, 2024 @ 3:28pm

Famili Duo 4: Shiha Zikir & Ieda Zikir Bakal Tampil Luar Biasa di Pentas Akhir

Finalis Famili Duo 4 (FD4), Shiha Zikir dan kakaknya, Ieda Zikir, berjanji akan memberikan persembahan yang memukau di pentas akhir dengan pemilihan dua lagu ikonik, Mentera Semerah Padi dan Dokter Cinta.

Menurut mereka, kedua-dua lagu ini dipilih kerana cabarannya yang unik dan kemampuan untuk mempamerkan kreativiti dalam persembahan.

Shiha menjelaskan bahawa lagu Mentera Semerah Padi dipilih untuk menampilkan elemen tradisional dan budaya Melayu, sesuatu yang belum pernah mereka tonjolkan sepanjang musim ini.

Ia juga memberi peluang kepada Shiha untuk mencabar dirinya dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Kami mahu melakukan sesuatu yang benar-benar berbeza kali ini. Saya masukkan elemen tradisional Melayu sebagai tema utama kerana ia dekat dengan jiwa kita.

“Malah, saya sanggup mengambil risiko mencuba elemen baharu untuk persembahan ini sehingga mengalami lebam di badan dan kaki,” katanya yang membuktikan kesungguhan menghadapi pertandingan akhir ini.

Bagi lagu Dokter Cinta pula, mereka memilihnya kerana kekuatan vokal yang dapat ditonjolkan serta kelainan dalam konsep duet antara dua wanita.

Shiha dan Ieda juga membawa tema futuristik untuk lagu ini, memberikan variasi kepada persembahan mereka.

“Ini sesuatu yang baharu buat saya dan kakak. Bahkan, tahap persediaan kami kali ini dikatakan hampir setanding dengan apa yang pernah saya lakukan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini,” tambah Shiha.

Untuk memastikan persembahan mereka lebih hebat daripada minggu-minggu sebelumnya, Shiha dan Ieda turut menjanjikan elemen kejutan.

Shiha menyatakan cabaran kali ini bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga buat kakaknya, Ieda, yang perlu melakukan sesuatu di luar zon selesanya.

“Elemen kejutan ini melibatkan sesuatu yang saya sendiri belum pernah lakukan. Ia adalah risiko besar yang saya ambil untuk menguji kemampuan saya. Persembahan ini juga memerlukan kerjasama banyak pihak bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menurut mereka, setiap usaha dilakukan bukan sahaja untuk mencipta kelainan, tetapi juga untuk memastikan mesej daripada setiap lagu dapat disampaikan dengan berkesan kepada penonton dan juri.

Shiha dan Ieda bersaing dengan dua duo lain, Ayie Elham & Salma Asis serta Tomok & Sharul Kamal, dalam merebut gelaran juara FD4 yang akan berlangsung Ahad ini. Saksikan pertarungan sengit mereka secara langsung pada jam 9 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Aug 2019

WKNDFEST is Cancelled?!

Rumours have said that WKDNFEST is cancelled! What?! No way!

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 5 May 2025

“Saya Tak Give Up Untuk Selamatkan Rumah Tangga Saya” – Edika Yusof Mahu Rujuk Semula?

Meskipun sudah sah bercerai dengan talak satu, pelakon Edika Yusof menyatakan hasrat mahu rujuk semula bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh iddah. Bagaimanapun, Edika berkata, ia bergantung kepada keputusan isterinya sama ada mahu rujuk […]

error: Content is protected !!