Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 11:43pm

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Kembali Merampas Kejuaraan Minggu Ke-3, Mari Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Persaingan Famili Duo 4 menyaksikan pasangan sepupu, Tomok dan Sharul Kamal yang membawa lagu Da Bomb & Pop Yeh Yeh nyanyian asal Ruffedge & VE kembali merampas tempat pertama dan mendahului pertandingan dengan meraih 71.23 peratus markah di minggu ketiga yang bertemakan hip hop.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton menerusi portal Tonton, Tomok dan Sharul berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Ayie Elham (Floor 88) dan Salma Asis yang menyampaikan lagu Niskala Suaka & Sedih Hati, nyanyian asal K.O.I & Malique meraih markah sebanyak 69.65 peratus.

Membawakan lagu Bangun & Bunga nyanyian asal Aman Ra & Altimet, Shiha Zikir dan Ieda Zikir meraih tempat di tangga ketiga dengan markah sebanyak 55.3 peratus.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh enam peserta Famili Duo 4 di minggu ketiga:

1. Tomok & Sharul Kamal – Da Bomb (Ruffedge) & Pop Yeh Yeh (VE) 71.23%
2. Ayie Elham & Salma Asis – Niskala Suaka (K.O.I) & Sedih Hati (Malique) 69.65%
3. Shiha Zikir & Ieda Zikir – Bangun (Aman Ra) & Bunga (Altimet) 55.3%
4. Didi Astillah & Thamiera Chan – Ha Tepuk (Meerfly, MK K-Clique & Kid Santesh) & Damelo (Dolla) 51.34%
5. Naqiu & Joey Daud – Angguk-Angguk, Geleng-Geleng (Ahli Fiqir) & Amboi (Altimet) 47.94%
6. Zahid & Anne – Oh La La (KRU), Tamparan Wanita (Elite), Milikku (Zahid) & Mimpi (K-Clique) 43.54%

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

‘ Ecah Nak Jadi Penyanyi’- Zain Saidin Sanggup Labur Duit Demi Anak Tersayang!

Saya sering mengingatkan dia agar jika melakukan sesuatu, dia harus melakukan sebaik mungkin sehingga berjaya. Jangan buat kerja ala kadar!

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

‘Kekuatan Saya Terletak Pada Lagu Macam Ini’- Andi Bernadee

Saya tak kisah apa orang nak cakap, saya tahu apa yang saya buat…

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Tegas A.Aida, Reza sepatutnya bersyukur…

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Andika Kerispatih Meninggal Dunia Ketika Sedang?

Terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa, Andika Kerispatih diserang sakit jantung sebelum meninggal dunia. Kerana, menurut ahli keluarga Andika, sebelum ini beliau pernah dikejarkan di hospital kerana mengalami Strok ringan.

Trending Sun, 4 Jul 2021
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Featured Wed, 21 Apr 2021

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri […]

Trending Fri, 16 Apr 2021

Perlu Dapatkan Surat Kebenaran Pergerakan Baharu Jika Ingin Rentas Negeri

Nak rentas negeri? Kena dapatkan surat pergerakan baharu.

Featured Tue, 14 Sep 2021
error: Content is protected !!