Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 15, 2024 @ 2:29pm

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Tekad Kekal Momentum, Mahu Beri Persembahan ‘Wow’ Di Pentas Akhir

Duo sepupu, Tomok dan Sharul Kamal bersedia memberikan persembahan luar biasa di pentas akhir Famili Duo 4 (FD4) malam ini dengan pemilihan lagu-lagu yang ikonik dan konsep yang unik.

Dengan reputasi sebagai pasangan yang paling banyak memenangi juara mingguan, mereka tekad mengekalkan momentum untuk menutup tirai pertandingan dengan penuh gaya.

Bagi kategori vokal berkumpulan, Tomok dan Sharul memilih untuk membawakan lagu Menggegar Dunia dan Sang Saka Biru.

Menurut mereka, kedua-dua lagu ini bukan sahaja mempunyai vibe yang menarik, tetapi juga mampu menyuntik semangat dan tenaga luar biasa kepada persembahan mereka.

Sementara itu, bagi tema bebas mereka akan mempersembahkan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Gadis Melayu.

Pemilihan ini dibuat kerana kedua-dua lagu tersebut memiliki keunikan tersendiri yang mampu mencipta suasana santai tetapi tetap berkonsepkan “ceremony” yang menyerlahkan kemeriahan pentas akhir.

“Kejutan semestinya ada untuk persembahan esok. Kami pastikan persembahan kami ada kelainan yang dapat menarik perhatian penonton dan juri. Nantikan sahaja apa yang akan kami bawakan,” kata Tomok.

Meskipun sudah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai ribuan ringgit sepanjang pertandingan, Tomok dan Sharul menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengambil mudah peluang untuk merebut gelaran juara.

“Matlamat kami dari awal adalah untuk menang setiap minggu, termasuk pada minggu final ini. Walaupun rezeki sudah memihak kepada kami dalam beberapa minggu sebelum ini, perjuangan tetap diteruskan dengan penuh semangat. Apa yang penting adalah memberikan persembahan terbaik,” tambah Sharul.

Mengenai peluang untuk muncul juara, mereka menyerahkan segalanya kepada takdir dan menyatakan rasa bangga dengan rakan-rakan finalis lain.

“Kalau rezeki memihak kepada kami, Alhamdulillah. Tapi kalau kemenangan milik sahabat-sahabat kami, kami tetap bangga kerana semuanya adalah rakan seperjuangan. Apa yang paling utama adalah pentas akhir ini diakhiri dengan penuh gemilang,” ujar Tomok.

Tomok dan Sharul bakal bersaing sengit dengan Shiha & Ieda Zikir serta Ayie Elham & Salma Asis di pentas akhir yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3. Saksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara Famili Duo 4!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jun 2024

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Oppa Han ada lagu baru lah!!!!

Featured Wed, 4 Aug 2021

Pandelela Layak Ke Pusingan Separuh Akhir Tokyo Olimpik, Menanti Debaran Akhir Esok

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila layak menduduki tempat ke-18 pada saingan kelayakan pusingan separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik yang berlangsung sebentar tadi. Pandelela […]

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Akui Kurang Tawaran Berbanding Auddra & Thalita, Marsya Qistina Tak Terasa Hati – “Saya Buat Kerja Belakang Tabir”

meskipun tawaran yang diterima tidak sebanyak rakan peserta lain seperti Auddra dan Thalita, dia tetap aktif dalam bidang seni.

Events Mon, 6 May 2019

New Science & Space Programme at KidZania KL Brings Forth More Educational Fun

The Science & Space programme is specially designed to arouse and engage the curiosity of young and inquisitive minds through interactive activities and experiments.

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Bukan Lagu Cinta Biasa, Haqiem Rusli Bakal Berikan Kejutan Di AJL 34!

Mampukah ‘Lembah Kesepian’ buka minda pendengar? Tak sabar tunggu kejutan dari Haqiem Rusli!

Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi […]

Featured Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?

Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.

Featured Sat, 9 Oct 2021
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

《大三元》白色情人节全马上映!张轩睿被Ella撩到脸红红

《大三元》314白色情人节全马上映!首当电影男主角的张轩睿,戏里戏外都被Ella撩到脸红红~

error: Content is protected !!