familuv By: Yanie Baharom August 7, 2018 @ 3:00pm

7 Filem Korea Bertema Kekeluargaan Wajib Ditontoni Anda

Ramai yang skeptikal bila dengar tentang filem Korea. Kebanyakan dari anda fikir cerita Korea kebanyakannya romantik cliche.

Tapi tahukah anda terdapat banyak filem Korea sebenarnya yang bermutu tinggi dan berkisarkan tentang kekeluargaan.

Ini antara 7 filem korea wajib tonton yang bertemakan kekeluargaan. Karya yang disenaraikan ini bukan saja membuatkan hati anda tersentuh malah akan lebih menghargai keluarga tersayang selepas menyaksikannya.

7 filem Korea wajib tonton yang bertema kekeluargaan

1. Hello Ghost

Foto: Kakaey Notes

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sang-Man yang hidup sebatang kara. Kerana hidupnya yang terlalu menyedihkan, dia telah cuba untuk membunuh diri beberapa kali tetapi gagal.

Ketika percubaan terakhirnya gagal, Sang-Man mendapat kuasa untuk melihat hantu. Sejak itu, dia dihantui 4 hantu yang mahukan bantuannya untuk menyeberang dunia selepas mati.

Keempat-empat hantu tersebut adalah 4 ahli keluarganya yang mati secara tragis semasa Sang-Man masih kecil.

2. My Annoying Brother

Foto: IMDb

Seorang atlet Judo bernama Doo Young hilang penglihatan akibat kemalangan semasa bertanding dan merasakan kehidupannya hancur selepas kemalangan tersebut.

Abangnya Doo Sik Go yang lari dari rumah sejak kecil telah masuk penjara dan meminta untuk keluar penjara dengan alasan untuk menjaga adiknya yang buta.

Doo Young yang bencikan abangnya tidak menerima kehadiran Doo Sik dan membuat pelbagai kerenah untuk menyusahkan abangnya. Tapi Doo Sik tidak mudah mengalah dengan perbuatan adiknya itu.

3. Miss Granny

Foto: cj-entertainment.com

Filem genre fantasi ini menceritakan tentang Oh Mal Soon yang berusia 74 tahun berubah menjadi muda selepas mengunjungi sebuah studio gambar.

Dengan menggunakan nama Oh Doo Ri dia menjalani kehidupan sebagai orang muda tanpa sebarang masalah kerana pada masa dahulu dia menghabiskan masa mudanya dengan menjaga anak selepas suaminya meninggal.

Filem ini menceritakan tentang cinta seorang ibu kepada anak yang tak pernah putus, walaupun dirinya disia-siakan. Baginya, anak dan cucu adalah orang terpenting dalam hidup yang harus diutamakan.

4. Scandal Makers

Foto: pinterest.com

Nam Hyeon-soo hidup sebagai seorang bujang yang berusia 30 tahun, dan memiliki pekerjaan yang berjaya sebagai bekas pemain biola dan DJ radio terkemuka.

Tapi semuanya berubah apabila seorang gadis muncul di pintu rumahnya dan mengaku sebagai anaknya, dan membawa seorang lagi budak dan mengatakan budak tersebut adalah cucunya.

Namun, Nam Hyeon cuba untuk menyorokkan identiti mereka dari diketahui umum dan pelbagai hal terjadi semasa cuba menyembunyikan mereka.

5. Miracle of Giving Fool

Foto: The Ocean

Filem Korea wajib tonton ini mengisahkan Jee In yang malu mempunyai kakak yang berperangai seperti kanak-kanak dan sering diejek oleh orang sekeliling sebagai “bodoh”.

Walaupun kakaknya Sang Ryong berkelakuan seperti kanak-kanak, dia merupakan seorang kakak yang bertanggungjawab dan menjaga adiknya sejak ibu mereka meninggal.

Dia bekerja menjual roti berdekatan dengan sekolah Jee In dan menyimpan hasil jualan untuk keperluan Jee In. Dia juga tidak pernah lupa menyediakan sarapan untuk adiknya walaupun tidak pernah dimakan.

Ketika Jee In jatuh sakit, Sang Ryong menjaganya dan sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan adiknya yang sakit.

6. Daddy You, Daughter Me

Foto: theasianparent.

Ayah dan anak ini sering bertengkar kerana si anak merasakan yang ayahnya tak pernah cuba untuk memahaminya dan ayahnya pula merasakan anaknya tidak pernah mendengar cakap.

Sehingga satu hari mereka bertukar badan dan mula mengerti satu sama lain dan cuba mengatasi masalah yang dihadapi bersama-sama.

7. Along With the Gods

Foto: theasianparent

Filem ini mengisahkan tentang Kim Ja Hong seorang bomba yang mati semasa bertugas perlu menjalani pelbagai ujian sebelum ditentukan masuk syurga atau neraka.

Dalam setiap ujian, Kim akan diberi penghakiman tentang dosa-dosa yang pernah dia lakukan semasa hidup. Dosa terbesar yang dilakukannya adalah pada ibunya dan dia hanya boleh pergi ke syurga sekiranya ibunya memaafkannya.

Sumber: The Asian Parents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 16 Mar 2020
familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

familuv Mon, 24 Dec 2018

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Ada juga yang letak nama makanan untuk nama anak mereka.

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

familuv Thu, 11 Jul 2019
Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

familuv Mon, 20 Apr 2020

Pernikahan dalam talian hanya dibenarkan sepanjang PKP

Selangor turut benarkan pernikahan sidang video

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.