familuv By: Ad Ops August 2, 2018 @ 1:00pm

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Bila anda keluar rumah dengan anak, anda sentiasa lebih alert, in case ada apa-apa yang boleh membahayakan si kecil itu.

Tapi anda sedar tak? Benda-benda di rumah anda sendiri pun boleh mendatangkan bahaya! Mereka mungkin nampak tak merbahaya langsung atau sering digunakan seharian, tapi jika tersilap langkah, tak selamat juga nanti.

Jadi, supaya rumah anda menjadi sebuah persekitaran yang selamat, pastikan anak anda dijauhi daripada 9 benda ini.

1. Tab/kolam mandi

Tak kiralah bath tub atau kolam renang plastik, anak kecil anda berpotensi untuk lemas, jadi jangan sesekali alihkan pandangan anda daripadanya ataupun biarkan dia berseorangan ketika mandi.

Jika anda ada kolam renang atau kolam ikan, pastikan dia tak terjatuh ke dalamnya.

2. Soket elektrik

Benda ini ada di mana-mana saja dalam rumah anda. Anda kena pastikan yang dia tak datang dekat ataupun mencucuk jarinya ke dalam lubang-lubang soket ini. Kalau nak lebih selamat, anda boleh pasangkan cover untuk soket-soket seperti di dalam gambar di bawah.

Foto: Amazon.com

Foto: http://www.theelectricalwholesaler.co.uk

3. Almari laci

Almari laci bertingkat pun merbahaya juga kerana anak anda boleh memanjat laci-laci tersebut macam tangga. Jika dia tak bernasib baik, seluruh alat perabot tersebut itu boleh terbalik dan menimpanya. Jadi, pastikan ia perabot-perabot anda diskrukan ke dinding.

Foto: my.theasianparent.com

4. Tali bidai tingkap

Ada kajian yang menunjukkan seramai 17,000 orang kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dilaporkan cedera atau meninggal dunia akibat terjerut dengan tali bidai tingkap dari tahun 1990 ke 2015. Jika langsir anda bertali, pastikan ia tali tersebut diikat betul-betul dan dibiarkan lebih tinggi supaya anak anda tak boleh mencapainya.

5. Cerek

Dapur adalah tempat yang paling merbahaya untuk biarkan anak anda bersendirian. Maklumlah, ada pelbagai perkakas yang boleh beri ancaman seperti pisau, periuk ataupun cerek panas.

Anda boleh saja letakkan barang-barang tersebut jauh dari capaian anak, tapi kalau nak senang, pasangkan saja pagar keselamatan agar anak anda tak boleh masuk langsung ke kawasan dapur.

6. Bucu meja

Tak sahlah kalau anak kecil anda tak pernah terhantuk, lebih-lebih lagi pada bucu perabot seperti meja. Untuk elakkannya, anda boleh pasangkan perlindungan padanya, seperti di dalam gambar di bawah.

Foto: www.aliexpress.com

7. Ubat

Kanak-kanak boleh menyangka ubat-ubat yang berbentuk pil adalah gula-gula, jadi janganlah biarkan ia bertaburan.

8. Kaca

Hanya benarkan anak anda guna cawan atau pinggan mangkuk kaca apabila anda pasti yang dia sudah betul-betul bersedia. Kalau belum, besar kemungkinan ia akan terlepas daripada pegangannya, terhempas ke lantai dan akhirnya membahayakan anak anda.

9. Objek kecil

Sama seperti pil tadi, anak kecil anda akan gemar memasukkan barang ke dalam mulut kerana begitulah caranya dia mengenalpasti tekstur sesuatu objek. Masalahnya, benda yang bersaiz kecil memang tak selamat untuk dimasukkan ke dalam mulutnya, takut dia tercekik pula. Jadi jauhkannya daripada anak anda.

Kesimpulannya, tak kiralah di mana anda berada, anda sentiasa perlu berhati-hati.

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama

familuv Thu, 13 Dec 2018
familuv Tue, 25 Dec 2018
familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah […]

familuv Mon, 3 Dec 2018

Pelakon Jelita Reese Witherspoon Kongsikan Rahsia Dia Membesarkan Anak-Anaknya

Mungkin anda boleh praktikkan juga dengan anak-anak anda nanti.

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

familuv Fri, 3 Apr 2020