familuv By: Ad Ops December 3, 2018 @ 9:00am

Pelakon Jelita Reese Witherspoon Kongsikan Rahsia Dia Membesarkan Anak-Anaknya

Manusia dah hidup di Bumi selama 300,000 tahun tapi mereka belum lagi setuju sebulat suara tentang teknik parenting yang terbaik dan paling efektif.

Rasanya ibu bapa di serata dunia masing-masing ada strategi tersendiri. Ada yang memilih untuk tekankan disiplin, ada lagi yang cuba menghabiskan sebanyak mana masa yang mungkin dengan anak-anak.

Tapi bagi pelakon Amerika Reese Witherspoon pula, kejujuran adalah cara yang terbaik untuk membesarkan 3 orang anaknya Ava, 19, Deacon, 15, dan Tennessee, 6, walaupun nanti ada yang kecil hati.

“Saya rasa macam saya selalu terpaksa melawan balik tekanan yang ditujukan kepada saya oleh ibu bapa yang ingin wujudkan kehidupan yang penuh magis dan serba keemasan sepanjang masa untuk anak mereka,”

“Well, nak tahu tak, wahai anak-anak semua? Kadangkala kamu akan rasa kecewa dan tak selesa dalam hidup,” kata Reese dalam sebuah temu bual dengan Fast Company.

Wanita berumur 42 tahun ini ada berikan contoh situasi yang di mana dia menggunakan teknik “kejujuran” ini dengan anak sulungnya Ava.

“Ketika dia berada dalam gred ketiga, saya ingat lagi yang dia ada menangis di katilnya. Dia telah sertai kumpulan bola keranjang di sekolahnya tapi dia seorang saja dalam kumpulan itu yang tak membuat sebarang jaringan.

“Saya kata, ‘Ava, mungkin kamu seorang pemain yang tak bagus.’ Dia ingat saya kejam. Saya pun kata, ‘Kejam atau benar? Sebab, nak tahu? Ibu kamu pun tak pandai main.'”

Kejujuran yang boleh membuat orang lain terasa ini juga efektif untuk hubungan perkahwinan Reese dengan suaminya Jim Toth. Ia telah menyebabkan dia berhenti memandu, yang merupakan salah satu kelemahannya.

“Saya telah berhenti memandu setahun lalu,” dia ingat lagi. “Suami saya kata, ‘Awak seorang pemandu yang teruk. Cari seseorang untuk pandu awak ke mana-mana.’ 

“Idea ini memang bagus kerana itulah masa untuk saya membalas panggilan atau mesej.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy birthday to the best husband, friend, and father in the world !! I love you JT. ❤️????✨( and you make me laugh EVERYday! ????what’s better than that?!)

A post shared by Reese Witherspoon (@reesewitherspoon) on

Hmm… kalau Reese boleh buat, mungkin kita pun boleh!

Pelakon ini juga ada tinggalkan kata-kata pujian tentang Ava. Mungkin permainan bola keranjang tak sesuai untuk anak gadis ini tapi muzik mungkin ya. 

“Dia pandai main banyak alat muzik dan telah menghadiri banyak kem latihan muzik,” kata Reese kepada E! News. “Dia boleh menggubah lagu, dia boleh bermain apa saja lagu dengan gitar, piano atau ukelele.” 

Wah! Mungkin tak lama lagi kita boleh dengar lagu duet ibu dan anak!

Sumber: W Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Featured Tue, 11 Feb 2020
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Tue, 29 Aug 2023