Categories: familuv

Belajar Buat Pizza Bersama Anak Anda Dengan Resipi Mudah Ini

Adakah anda sedang mencari aktiviti di dapur yang anda boleh buat bersama anak anda di mana anda berpeluang untuk bond dengannya?

Apa kata anda cuba buat pizza bersama-sama? Caranya mudah saja dan resipinya juga ringkas. Anda boleh potong bahan-bahan topping sementara anak anda mengadunkan tepung doh. Kemudian anda berdua boleh susunkan topping ke atas pizza mengikut citarasa sendiri.

Nak cuba? Jom pelajari cara-caranya melalui resipi ini. Jika anda ingin pertolongan visual, rujuk saja ke video di bawah.

Bahan-bahannya:

1 cawan air suam

2 sudu kecil gula

1 paket yis aktif

2 ½ cawan tepung roti

1 sudu kecil garam

1 sudu besar minyak zaitun

1 balang kecil (jar) sos marinara

Keju mozzarella

Topping tambahan kesukaan anda

Cara-caranya:

1. Panaskan oven ke 230 darjah Celcius.

2. Di dalam mangkuk besar, masukkan air suam, gula dan yis aktif. Kacau dan biarkan di tepi selama 10 minit untuk membenarkan yis itu kembang.

3. Sementara itu, hiris topping anda. Topping yang biasa digunakan untuk pizza adalah seperti peperoni, cendawan, buah zaitun hitam, sosej dan capsicum.

4. Masukkan tepung roti, garam dan minyak zaitun ke dalam mangkuk tadi. Kacau betul-betul hingga ia membentuk seperti sebiji bola doh.

5. Potong menjadi beberapa keping yang anda nak dan leperkan macam bentuk kerak pizza.

6. Letakkan sos marinara dan ratakan ke seluruh permukaan doh. Kemudian taburkan keju dan topping.

7. Bakar selama 10 ke 15 minit atau sampai kerak menjadi warna emas perang.

Sumber: Tasty

Ad Ops