familuv By: Yanie Baharom October 23, 2018 @ 9:00am

‘Me Time’ Ruang Bersendirian Bagi Si Ibu Untuk Reset Minda Yang Berserabut

Ibu, emak, mama, mommy, bonda dan umi, sebahagian panggilan yang menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab wanita yang bukan sekadar berbakti kepada suami, akan tetapi mendedikasikan seluruh hidupnya buat anak-anak.

Peranan seorang ibu pada zaman ini juga tiada bernoktah. Tanggungjawab yang dipikul bukan hanya di rumah semata-mata malah juga sebagai penyumbang sumber rezeki kepada keluarga.

Berbakti tidak mengenal waktu tanpa cuti sepanjang minggu, ramai para ibu terlepas pandang atau tidak menyedari yang mereka sebenarnya memerlukan waktu beristirahat atau “me time” daripada menjalankan tugasan seorang ibu.

Rutin seorang ibu

Foto: beritagar.id

Rutin kehidupan seorang ibu bermula seawal pagi. Sejurus bangun tidur ibu biasanya mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian mereka, sarapan dan menghantar anak ke sekolah mahupun taska.

Seterusnya menuju ke pejabat dan kali ini dengan cabaran yang berbeza, iaitu terpaksa berdepan dengan lambakan kerja serta masalah politik pejabat.

Sesudah tanggungjawab di office selesai, bergegas pula mengambil anak. Setibanya di rumah, ada lagi kerja yang menanti seperti rutin mengemas rumah, membasuh baju dan memasak. Kemudian bergegas pula menghantar anak ke tuisyen dan tiga jam kemudian keluar semula untuk ambil anak pulang.

Mendengar jadual hectic seorang ibu saja boleh membuatkan kita rasa penat, betul tak?

Sedarilah wahai kaum ibu, anda memerlukan waktu “me time” untuk kebaikan minda, fizikal dan emosi yang sudah lama tidak berehat.

Apakah itu me time?

Foto: saigonmias

Me time adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke masa untuk seketika.

Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa pentingnya mengambil masa bersendirian dan berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.

  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia”? Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

 Cadangan “Me Time” yang boleh anda cuba

1. Sesi melakukan hobi di rumah sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.

Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi Sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2. Percutian bersama rakan-rakan wanita

Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.

Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.

Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermum!

3. Sesi gim atau kelas meningkatkan kemahiran diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.

Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.

Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.

Foto: Everything Girls Love

Jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada tanggungjawab atau bermalas-malasan.

Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!

Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

familuv Fri, 3 Aug 2018
familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor

familuv Fri, 31 Aug 2018

4 Jenis Nasihat Yang Parents Lain Tak Suka Dengar

Memang teruja bila dapat berkongsi pendapat tapi tidak semua orang suka mendengarnya.

familuv Mon, 21 May 2018
familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

familuv Fri, 19 Apr 2019
familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

familuv Tue, 4 Sep 2018

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Tanda-tanda setiap kehamilan adalah berbeza, tidak kiralah kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya.

familuv Tue, 9 Oct 2018