Categories: familuv

Sayangkan Suami, Pelakon Nad Zainal Belajar Masak Lodeh

Lumrah kehidupan seorang wanita bergelar isteri, segala keutamaan pastinya tertumpu kepada anak-anak dan suami. Begitulah juga keadaannya dengan pelakon Nad Zainal.

Bicara pelakon kecil molek ini, segala keterujaan melakukan persiapan Aidilfitri kini beralih fokus kepada anaknya iaitu Fahad Ibrahim.

Menurut Nad, dia lebih banyak menyediakan kelengkapan untuk anak lelakinya itu berbanding diri sendiri.

“Sekarang ni saya lebih banyak buat persediaan untuk anak, suami siapkan barang-barang dia sendiri sebab dia ada citarasa tertentu.

“Nanti bila saya dah beli, takut dia tak pakai pula. Jadi, saya fokus lebih dekat dengan anak sahajalah.

“Pagi raya ini saya masak lodeh sebagai kejutan kepada suami, sebab tahun lepas dia ada tanya pasal juadah kegemarannya itu.

“Disebabkan suami terlalu sukakan lodeh, saya sanggup belajar masak hidangan ini dan tentunya minta ibu mentua share resepi,” katanya tersenyum.

Sebelum itu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 14 0ktober 2016.

Foto: Sinar Harian

Sumber: mStar

Yanie Baharom