Categories: familuv

Selamatkan Anak Anda Daripada Kanser Dengan Menjadi Ibu Bapa Yang Lebih Prihatin

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda perlu sentiasa mengambil tahu tentang perubahan fizikal yang berlaku kepada anak-anak tidak kira sama ada perubahan itu besar mahupun kecil. Jangan asyik sibuk dengan kerja dan leka bermain handphone saja.

Ini kerana setiap tanda itu dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan tunggu sehingga sesuatu yang besar berlaku. Kenali tanda awal dan simptom kanser kanak-kanak dari segi fizikal.

Perubahan fizikal

  • Terdapat benjolan luar biasa atau bengkak dengan ukuran diameter yang lebih daripada dua sentimeter.
  • Wajah pucat dan penat tanpa sebarang sebab.
  • Penurunan berat badan secara tiba-tiba.
  • Muncul kesan lebam di badan secara tiba-tiba.
  • Perubahan pada bahagian mata, mata hitam bertukar putih, kehilangan visual, lebam dan bengkak di sekitar mata.

Simptom fizikal

  • Sakit kepala yang berlaku secara berterusan pada waktu pagi dan semakin teruk sepanjang hari.
  • Demam berpanjangan tanpa sebab yang boleh dikenalpasti selama lebih dari dua minggu.
  • Pening, hilang keseimbangan dan koordinasi badan.
  • Sakit tulang berpanjangan selama lebih dari dua minggu, selalunya diikuti dengan pembengkakan di kawasan tersebut.

Sumber: Jelita

Yanie Baharom