Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 13, 2018 @ 12:00am

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

 

Tahniah diucapkan kepada pelakon Faye Kusairi, 30,  yang meraikan kegembiraan berganda apabila melahirkan bayi sulongnya pada tarikh sama dengan ulangtahun pertama perkahwinannya bersama pengarah drama, Azmi Hatta.

Kehadiran bayi yang dinamakan Alif Azmi itu dilahirkan pada tanggal 9 April lalu bersamaan tarikh perkahwinan Faye dan Azmi pada bulan yang sama tahun lalu.

Pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi ini selamat bersalinkan Aliff seberat 3 kilogram secara normal pada pukul 10.45 malam berkenaan.

 

Memetik laporan Harian Metro, Faye dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 5 petang dan  bertarung kesakitan selama enam jam sebelum melahirkan bayi sulong lelakinya itu.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kepada Allah kerana anak kami sihat dan cukup sifatnya. Kami juga sama-sama memilih nama anak dan sepakat untuk menamakan bayi kami, Alif Azmi yang bermaksud kawan rapat,” cerita Faye.

Beliau yang mula dikenali melalui drama “Istikarah CInta’ (2014), diarahkan oleh Azmi yang ketika itu masih belum menjadi suaminya akan menjalani proses berpantang di rumah ibunya di Bukit Antarabangsa.

Kredit: Instagram Faye Kusairi.

Pelakon kelahiran Miri, Sarawak ini hanya sempat berkongsi sebahagian daripada wajah anaknya itu menerusi instagram miliknya pada Khamis lalu selepas usia bayi mencecah 4 hari.

Faye memohon maaf atas kelambatannya memuat naik foto Aliff atas alasan masih merasa penat selepas bersalin.

Kelahiran Aliff menjadikan Faye artis keempat selepas Nora Danish, Lan Solo dan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata pada awal suku pertama kalendar 2018 ini, malah mereka layak didaftarkan sebagai anak skim ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050!

Iyalah! Mana-mana anak yang lahir dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 1 Disember 2022 layak mendapat RM200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad yang bertujuan mrmupuk budaya menyimpan wang generasi TN50.

Agaknya artis mana  yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Had maksimum akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Featured Fri, 17 Jun 2022
Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Selamat Lahirkan Anak, Tahniah Jep Dan Sari Yanti!

Menerusi akaun itu, pasangan ini mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

error: Content is protected !!