Ramai yang beranggapan mencabut gigi ketika berpuasa akan menyebabkan batal puasa berkenaan. Ada juga yang mengatakan penggunaan ubat titis mata boleh membatalkan puasa.
Terkini, timbul pula persoalan mengenai ujian calitan (swab test) bagi saringan COVID-19 ketika berpuasa. Ramai yang bimbang kerana ada kemungkinan ujian berkenaan dijalankan pada Ramadan ini bagi mengesan pesakit yang dijangkiti COVID-19.
Kelmarin, BH melaporkan beberapa mufti di negara ini sepakat menyatakan ujian calitan berkenaan tidak membatalkan puasa sekiranya alat digunakan tidak masuk terlalu jauh ke dalam rongga hidung atau kerongkong.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata berdasarkan pegangan Mazhab Shafie, ujian berkenaan juga dibenarkan dan diberi kelonggaran kepada umat Islam yang berpuasa kerana ia menyentuh aspek kesihatan.
“Berdasarkan pengalaman saya apabila disyaki dijangkiti COVID-19 sebelum ini, ujian calitan itu tidak masuk jauh ke dalam rongga hidung. Begitu juga untuk ambil sampel di rongga tekak.
“Saya tidak pasti dengan prosedur ujian dengan orang lain, tetapi bagi diri saya, ujian calitan tidak membatalkan puasa. Jika ujian itu jauh ke dalam tekak atau kerongkong, barulah boleh jadi batal,” katanya kepada BH.
Pandangan beliau itu turut dipersetujui Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, yang berpendapat ujian berkenaan tidak akan membatalkan puasa kerana alat yang digunakan tidak sampai jauh ke dalam rongga hidung atau sehingga ke halkum atau kerongkong.
“Ujian calitan ini berbeza dengan penggunaan ‘inhaler’ kerana ia akan masuk ke dalam rongga perut yang ternyata membatalkan puasa mengikut hukum syarak,” katanya.
Selain ujian calitan, ada beberapa prosedur rawatan yang tidak membatalkan puasa seperti yang dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berdasarkan perkongsian jabatan itu, meskipun ketika berpuasa seseorang itu perlu mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj, namun ada beberapa prosedur rawatan tidak membatalkan puasa.
KREDIT: Sumber rujukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit, 2013.
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.
MasyaAllah, hebatnya perancangan Allah SWT🧡🧡🧡
Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️
Alahai Jayden! Makin besar, makin bijak soalan dia bikin min sebak🥺