Featured By: Ad Ops November 14, 2018 @ 10:00am

14 Simptom Lazim Yang Menunjukkan Anda Menghidap Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis (atau nama saintifiknya, Diabetes Mellitus) tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dan memandangkan hari ini adalah Hari Diabetes Sedunia, jom ketahui lebih lanjut tentang penyakit ini.

Apa itu penyakit kencing manis?

Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukosa (gula) adalah tinggi dalam darah seseorang itu.

Perkara ini terjadi apabila insulin tidak mencukup ataupun tak berkesan sangat akibat kekurangan hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Insulin mengawal keseimbangan glukosa dalam badan dengan menggerakkannya dari darah ke dalam sel-sel badan.

Jika anda menghidap kencing manis, glukosa tidak boleh masuk ke dalam sel, jadi ia akan kekal di dalam darah. Akibatnya, paras glukosa anda akan meningkat.

Foto: visao.sapo.pt

Apakah tanda-tanda biasa yang dialami pesakit?

Tahukah anda? Seramai satu suku daripada pesakit kencing manis tak tahu pun yang mereka menghidap penyakit tersebut!

Ini adalah kerana penyakit ini boleh datang tanpa menunjukkan sebarang tanda. Kadangkala pesakit itu ada mengalami simptom-simptom tapi mereka adalah sangat mild sampai dia langsung tak perasan.

Perkara ini selalu berlaku kepada separuh daripada mereka yang menghidapi Kencing Manis Jenis II.

1. Sering rasa nak kencing

Jika insulin anda tak berfungsi atau tak ada langsung dalam darah, buah pinggang anda tak boleh tapis glukosa semula ke dalam darah. Buah pinggang anda akan mengambil air daripada dalam darah untuk mencairkan glukosa itu. Lama-lama air itu akan memenuhi pundi kencing anda.

2. Rasa dahaga yang luar biasa

Jika anda kencing lebih kerap daripada biasa, anda perlu menggantikan semula air yang dibuang tadi. Anda akan rasa nak minum saja.

3. Rasa lapar yang amat

Foto: Foodal

Memandangkan insulin dalam badan tak berfungsi dengan betul ataupun tak wujud dan sel badan tak mendapat tenaga yang secukupnya, badan anda akan cuba untuk mencari lebih banyak tenaga, iaitu daripada makanan.

4. Kenaikan berat badan

Sebab anda banyak makan, berat badan pun mestilah naik.

5. Penurunan berat badan yang luar biasa

Perkara ini adalah biasa bagi pesakit diabetes Jenis I. Memandangkan badan anda tak menghasilkan insulin (dan sel tak mendapat sumber glukosa), ia akan mencari sumber tenaga lain. Tisu otot dan lemak akan dipecahkan sebagai tenaga.

6. Keletihan bertambah

Jika insulin anda tak berfungsi atau tak ada langsung dalam darah, glukosa takkan memasuki sel-sel badan anda dan menawarkan tenaga kepada mereka. Ini akan membuatkan anda rasa letih.

7. Rasa naik angin selalu

Anda akan rasa nak meradang apabila anda kekurangan tenaga.

8. Penglihatan kabur

Foto: Fitness Partners

Ini disebabkan oleh tisu yang “ditarik” daripada kanta mata semula jadi anda. Mata anda akan hilang fokus. Dengan rawatan yang betul, ia boleh diperbetulkan. Ada beberapa kes serius di mana pesakit itu mengalami masalah penglihatan yang berpanjangan atau buta terus.

9. Luka atau lebam tak sembuh dengan betul atau cepat

Apabila ada lebih banyak gula dalam badan, kebolehannya untuk sembuh berkurangan.

10. Lebih banyak jangkitan kulit atau yeast infection

Sama juga dengan infeksi. Bila badan anda ada terlebih banyak gula, ia akan mengalami kesukaran untuk sembuh. Pesakit wanita akan susah untuk sembuh daripada jangkitan pada pundi kencing dan vagina.

11. Kulit gatal

Rasa gatal pada kulit kadangkala merupakan sebuah simptom untuk diabetes.

12. Gusi bengkak, kemerahan, terasing dari gigi atau mengalami jangkitan

Foto: www.medindia.net

Gigi anda akan menjadi lebih longgar apabila gusi anda tidak lagi memegangnya. Ia juga lebih terdedah kepada jangkitan kuman.

13. Prestasi seksual kurang memuaskan bagi golongan lelaki

Jika anda seorang lelaki yang berumur lebih daripada 50 dan sering mengalami kesukaran untuk menjalankan hubungan seksual, itu mungkin bermakna anda ada kencing manis.

14. Rasa kebas, terutamanya di bahagian kaki dan tangan

Jika ada terlalu banyak gula dalam badan, urat saraf serta saluran darah anda boleh rosak. Apabila ini berlaku, anda akan rasa kebas dan “semut-semut” pada kaki dan tangan.

Bagaimanakah penyakit kencing manis ini dikesan?

Foto: HYLO® eye care

Diagnosisnya adalah melalui ujian air kencing yang mengenalpasti jika ada kandungan glukosa berlebihan di dalamnya.

Kemudian, ujian darah pula dijalankan untuk mengira kandungan glukosa dalam darah. Keputusannya akan memberitahu jika simptom yang anda alami sebelum ini adalah kencing manis.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelak daripada dihidapi kencing manis?

  1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat serta kecilkan saiz makanan
  2. Bersenam selalu dan banyakkan pergerakan
  3. Gunakan air masak sebagai minuman utama
  4. Kurangkan berat badan
  5. Berhenti merokok
  6. Makan makanan yang mengandungi kandungan serat dan vitamin D yang tinggi
  7. Dapatkan nasihat dan rawatan doktor selalu

Jadi, anda sentiasa perlu check dan berwaspada. Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang penyakit ini ataupun anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di bawah, cepat-cepat rujuk kepada doktor anda.

Pemeriksaan segera dan pengawalan simptom-simptom boleh mengurangkan kebarangkalian komplikasi yang lebih serius.

Sumber: Medical News Today, MyHealth, Healthline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Fri, 10 Sep 2021
Featured Sun, 3 Jul 2022
Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023