Featured By: Shaidah Shafie March 30, 2020 @ 4:49pm

2 senaman mudah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini menyebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan demi menyokong kempen kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 yang sudah meragut 35 nyawa di negara ini.

Bagi anda yang mungkin gemar melakukan senaman di gimnasium atau berlari di taman demi kesihatan diri, pastinya rindu untuk melakukan kegiatan sihat berkenaan.

Bagaimanapun buat masa ini ada baiknya kita semua akur terhadap PKP. Ada banyak pilihan yang boleh dilakukan di rumah untuk memenuhi tuntutan kesihatan yang sebelum ini biasanya dilakukan di luar kediaman.

Senaman paling mudah untuk dilakukan ketika berada di rumah ialah turun naik tangga – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Hijab & Heels ingin berkongsi panduan mudah, tetapi mengujakan ini terutama wanita yang mementingkan kesihatan tanpa perlu keluar rumah.

Ikuti dua langkah ini untuk kesihatan diri

1. Turun naik tangga

Bagi yang tinggal di kediaman dua tingkat atau rumah kampung bertangga, pasti sudah biasa turun naik tangga berkenaan setiap hari. Bagi senaman ini, lakukan aktiviti naik dan turun tangga secara berkala selama 10 minit pada waktu pagi dan petang.

Berdasarkan penyelidikan yang pernah dilakukan, rutin naik dan turun tangga selama 10 minit yang dilakukan tiga kali seminggu itu meningkatkan kecerdasan kardiorespiratori dan melancarkan peredarah darah, sekali gus menyediakan cukup oksigen untuk badan. (Saya akan attach link)

Berkebun di halaman rumah juga adalah satu bentuk senaman yang menyihatkan – gambar hiasan. Foto: NSTP.

2. Kerja rumah

Tugas wanita atau ibu tidak pernah habis, bermula awal pagi sehinggalah larut malam, ada sahaja perkara yang dilakukan demi menyempurnakan urusan harian keluarga.

Gunakan tugas harian di rumah untuk kebaikan badan seperti menyapu sampah, membersihkan lantai menggunakan mop, berkebun sekitar rumah atau menukar susun atur perabut.

Mengemas rumah, bentuk senaman secara tidak langsung yang menuntungkan anda – gambar hiasan. Foto: NSTP/Owee Ah Chun

Keempat-empat langkah berkenaan berupaya membuatkan badan berpeluh dan apabila badan berpeluh, anda akan menjadi lebih sihat. Untuk aktiviti mengemop lantai, sebanyak 197 kalori sudah dibakar, manakala berkebun sekitar rumah membabitkan kehilangan 290 kalori.

Kedua-dua saranan iaitu naik tangga atau melakukan kerja rumah itu adalah perkara yang biasa dilakukan dan secara tidak langsung anda sebenarnya bersenam di dalam rumah sendiri.

Mudah sangat untuk menjadikan badan sihat, jom lakukannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 23 Jan 2020

Ibu yang ‘mentekedarah’, anak yang terima akibatnya

Bukan tak boleh, tapi minumlah secara berpada-pada

Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Mon, 29 May 2023
Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Featured Tue, 17 May 2022
Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.