Featured By: Ad Ops August 19, 2018 @ 9:00am

3 Selebriti Antarabangsa Yang Rajin Menyertai Misi Kemanusiaan, Sempena World Humanitarian Day

Tanggal 19 Ogos setiap tahun adalah Hari Kemanusiaan Sedunia yang dimulakan oleh Parti Bangsa-Bangsa Bersatu.

Hari istimewa ini bertujuan untuk memperingati pekerja-pekerja bantuan kemanusiaan yang sanggup mengancam nyawa demi misi-misi mereka.

Ia juga disambut bagi mengajak orang ramai untuk menyokong dan menghulurkan bantuan kepada mereka di seluruh dunia yang dilanda krisis.

Pada tahun ini, kempen yang dijalankan oleh PBB dipanggil #NotATarget dan merujuk kepada jutaan orang awam yang menjadi mangsa kepada konflik senjata setiap hari.

Tak kiralah orang kurang upaya, orang tua, pendatang asing dan juga wartawan, semua orang yang menjadi sasaran senjata mesti dilindungi.

Sertai pergerakan #NotATarget dan minta ketua-ketua dunia untuk lakukan segala-gala yang mereka mampu untuk hentikan kekejaman ini.

Sempena hari istimewa ini, Hijab & Heels ingin highlight selebriti-selebriti popular di negara-negara barat yang sering bekerja kuat untuk meringankan beban mangsa-mangsa kekejaman dunia.

1. Jackie Chan

Foto: cina.quotidiano.net

Pelakon, pengarah dan penerbit ini membesar serba miskin di Hong Kong tapi dia telah transform untuk menjadi pelakon aksi yang berjaya.

Dengan “gaji” yang dia dapat, Jackie telah menjadi seorang dermawan yang ternama di Asia. Pada 2011, dia mengumumkan yang dia akan dermakan separuh daripada asetnya kepada amal apabila dia meninggal dunia.

Dia juga telah melancarkan Jackie Chan Charitable Foundation pada 1998 yang menawarkan biasiswa dan bantuan kepada anak-anak muda. Perkhidmatannya telah berkembang untuk melibatkan bantuan perubatan serta respons pantas kepada bencana alam.

Foto: UNICEF/UN0598/Zaw

Pada 2004, Chan menubuhkan Dragon’s Heart Foundation yang membina sekolah-sekolah dan membantu kanak-kanak serta orang-orang tua di kawasan terpencil di negara China.

Selepas gempa bumi di Sichuan pada 2008, dia menderma lebih daripada $1.3 juta sebagai usaha bantuan.

Pada tahun 2015, dia juga melawat Nepal untuk hulurkan bantuan Red Cross kepada mangsa-mangsa gempa bumi.

Tahun yang sama, dia menderma lebih daripada $500,000 untuk membantu misi menyelamatkan mangsa-mangsa di Tianjin, China ekoran letupan yang mengorbankan nyawa lebih daripada 100 orang.

Foto: www.diretube.com

2. Shakira

Foto: www.shakira.com

Kerja-kerja kemanusiaan penyanyi pop ini memfokus kepada pendidikan universal dan perkembangan awal kanak-kanak, khususnya kesihatan dan nutrisi.

Setelah melawat sebuah kawasan orang miskin di bandarnya di negara Colombia ketika dia masih kecil, dia berjanji untuk membantu orang-orang di sana bila dia dewasa.

Pada 1997, dia menubuhkan Pies Descalzos Foundation di situ. Ia membantu tingkatkan kualiti hidup keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.

Dia juga menyokong projek-projek yang serupa di Haiti, Afrika Selatan serta ONE Campaign, ALAS dan Habitat For Humanity.

Foto: UNICEF/Yossi Zeliger

Pada 2011, bekas presiden Barack Obama melantik Shakira sebagai penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat dalam bidang pendidikan bagi pelajar-pelajar berbangsa latin.

Sebagai salah seorang UNICEF Goodwill Ambassador, Shakira telah berlawan untuk beri pencerahan terhadap kepentingan bagi memulakan inisiatif politik supaya semua kanak-kanak berpeluang untuk diberi pendidikan.

3. Angelina Jolie

Foto: sipse.com

Dia pernah menang anugerah Oscar untuk lakonannya tapi tahu tak? Dia dah menang lagi banyak anugerah untuk usaha kemanusiaan globalnya.

Sewaktu penggambaran filemnya Tomb Raider di Kemboja, dia mendapat tahu tentang krisis kemanusiaan sedunia. Dia telah merujuk kepada The Office of the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang melantiknya menjadi Goodwill Ambassador pada 2001.

Sejak itu dia telah sertai misi serata dunia dan berjumpa dengan ramai pelarian di lebih daripada 20 negara. Semua kosnya ketika dia melaksanakan misi ini ditanggung sendiri dan dia juga berkongsi keadaan bekerja sebagai kakitangan UNHCR.

Foto: www.unhcr.org

Angelina kemudiannya melibatkan diri dalam lebih banyak aktiviti untuk mempromosikan misi kemanusiaan di peringkat politik. Dia sering menghadiri acara World Refugee Day di Washington, D.C.

Dia juga merupakan salah seorang pengerusi untuk Education Partnership for Children of Conflict yang ditubuhkan oleh Clinton Global Initiative pada 2006.

Selain itu, Angelina juga kerap menderma kepada negara-negara yang memerlukan dan sedang pulih daripada bencana alam.

Pada tahun 2015, dia telah menghabiskan masa 4 hari di Myanmar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang situasi ketegangan di negara itu.

Dia telah pergi sebagai salah seorang pengasas sebuah inisiatif yang mengelakkan keganasan seksual dan sebagai United Nation’s Refugee Agency Special Envoy.

Foto: libguides.wesley.wa.edu.au

Sumber: Biography, United Nations

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat

Featured Wed, 19 Sep 2018

Ini Caranya Untuk Menanam Pokok Nanas Dalam Pasu, Mudah Sangat!

Tiada masalah jika anda tak ada garden untuk tanam pokok ini.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan