Featured By: tex_admin August 20, 2019 @ 3:50pm

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Skirt antara persalinan yang  sering menjadi pilihan ramai kala berpenampilan kerana ia mudah dikendalikan dan boleh digayakan dalam hampir kebanyakan majlis selain selesa untuk bergerak.

Bagaimanapun, ramai juga yang agak berhati-hati untuk menggayakan skirt kerana jika tersilap suai padan, ia akan membuatkan anda tampak aneh atau tidak kena pada mata yang memandang.

Ada juga yang mungkin berasa janggal untuk tampil menggayakan skirt kerana takut ditegur rakan seperti “..ewah berskirt labuh bagai ni nak pergi makan kenduri ke?” Atau jika rakan anda bermulut lancang, mungkin dia akan buat kenyataan seperti “..awak tu dah lah rendah, tak elok pakai skirt begini!”

Nah, sakit hati rasanya bila ditegur begini tapi jangan sekali-kali mengalah dengan teguran itu kerana anda berhak bergaya mengikut fesyen kegemaran, sama seperti mengenakan skirt pilihan anda. Kini ada ramai penggiat fesyen di laman sosial yang bijak bergaya serta menyuai padan fesyen apa yang mereka mahu mengikut aliran semasa.

Hijab & Heels meninjau beberapa figura yang pernah dilihat tampil menggayakan skirt di khalayak dan mereka kelihatan begitu yakin. Anda pun boleh bergaya begitu sebenarnya!

Skirt Potongan A

Instagram: Asma.Nasa

Skirt potongan A lazimnya akan memberikan ilusi tinggi kepada pemakai . Sama ada dihasilkan daripada fabrik lembut atau kasar, ia tidak menjadi masalah asalkan anda selesa dengan material yang digunakan. Skirt potongan A digayakan Asma Nasarudin ini menjadikan figura tinggi lampai ini tampak cantik dengan penampilan skirt begini dengan hiasan susun depan yang sangat bergaya.

Ada kelainan pada skirt ini dengan kewujudan pleated ringkas di bahagian hadapan, unik sebenarnya. Anda cuba sarungkan skirt begini, pasti yakin kala melangkah. Untuk yang berbadan pear, skirt ini sesuai dipadankan dengan jacket atau sebarang outwear untuk kelihatan kurus. Gunakan skima warna satu rona sahaja dan anda pasti akan kagum dengan penampilan sendiri!

Skirt pleated 

Foto: Instagram Sharifah Rose

Sesuai dengan semua jenis bentuk badan, anda boleh memakai warna yang terang untuk kelihatan berlainan atau boleh juga memilih warna pastel mahupun lembut. Skirt pleated ini sudah semestinya membuatkan pemakai tampak lemah lembut dan feminin. Ia sesuai dikenakan dengan kemeja-T berlengan panjang atau blaus asalkan ia menyerlahkan sifat kewanitaan anda.

Sharifah Rose mengenakan sandal berwarna hijau cair, senada dengan skirt pleated ini sekali gus menampakkan keseragaman warna meskipun tas tangan sedikit lari warnanya. Usah risau, sedikit perbezaan seperti selendang bercorak umpamanya menyuntik kelainan yang tidak menjejaskan penampilan sebaliknya mencuit sedikit sisi pandang individu lain untuk menterjemahkan anda sebagai lebih menyerlah berbanding sosok lain.

Skirt bermotif kotak

Foto: Insagram Vivy Yusof

Motif kotak jarang menjadi pilihan ramai kerana ianya agak membosankan, hanya kotak bersegi dan warnanya juga tidak banyak pilihan, namun bagi sesetengah individu motif kotak adalah motif pilihan untuk mereka tampil berbeza dengan orang lain. Moghul fesyen yang sudah tidak asing dalam persada fesyen tanah air, Vivy Yusof, memiliki aura tersendiri dalam persalinan skirt labuh bermotif kotak dalam rona merah bersilih hitam dan biru. Skirt ini juga membuatkan pemakai tampak berani serta hebat dan itulah yang sepatutnya ada pada setiap wanita. 

Anda boleh kenakan dengan blaus sebarang warna yang dikemaskan di bahagaian dalam skirt dan bimbitlah tas tangan comel atau boleh juga tas tangan silang untuk menyuntik ranggi pada penampilan. Berani tak mencuba penampilan sebegini?

Skirt tutu

Foto: Twitter Shuhada Azman

Skirt tutu kebiasaannya disukai kanak-kanak kerana ia membuatkan si kecil tampak seperti ballerina kala mengenakan skirt daripada net lembut ini. Bagaimanapun, fesyen ternyata tidak mengenal usia kerana ada golongan dewasa turut berminat dengan skirt tutu ini.

Lihat saja si gadis ini mengenakan tutu merah jambu lembut dan digandingkan dengan jaket daripada rona warna sama serta sneaker putih. Nampak agak janggal tapi keyakinan diri mengatasi kejanggalan menyebabkan dia tampil bersahaja dan bergaya.

Anda bagaimana? Masih berasa tidak yakin untuk bergaya dengan skirt atau sudah mempunyai ilham untuk turut sama bergaya seperti mereka ini? Jangan bertangguh lagi, teruskan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

Events Thu, 3 Aug 2023

Kejamnya! Bayi 40 Hari Dihempas Ke Lantai & Kakak Mangsa Dicampak Dari Tingkat 1 Oleh Bapa Saudara

Seorang bayi berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala akibat dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya. Manakala, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai kakak kepada bayi berkenaan turut mengalami kecederaan parah dimulut dan kaki […]

Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Thu, 31 May 2018

Kalau Nak Kereta Sentiasa Bau Wangi, Anda Perlu Cuba Tip Ini

Kini masalah bau busuk kereta anda boleh diatasi dengan hanya menggunakan kopi sahaja!

Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!