Categories: FeaturedGaya Hidup

Ammar Titan buat hal lagi? Mujur ada penyelamat!

Debaran episod program Jom Kejar Bersama Panasonic kian terasa. Setelah bersiaran selama tiga episod, akhirnya dua pasangan iaitu Ada Khalid Ada Rafi dan Budget Good-Good berjaya melangkah ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara Jom Kejar Bersama Panasonic.

Peringkat akhir program kolaborasi Media Prima Berhad dan Panasonic itu bakal berlangsung pada 6 Jun 2019, Khamis jam 6.30 petang di TV3. Pelbagai hadiah menarik turut menanti juara antaranya barangan elektrik Panasonic dan hadiah utamanya bernilai lebih RM30, 000!

“Kami rasa bersyukur dan menganggap kemaraan kami ke peringkat akhir sebagai satu bonus. Kami tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi, tapi kami akan melakukan yang terbaik untuk bergelar juara,” kongsi pasangan Ada Khalid Ada Rafi menerusi video eksklusif Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic di YouTube Hijab & Heels.

Selain debaran peserta akhir dan juga penonton yang ingin mengetahui siapakah yang bakal bergelar juara Jom Kejar Bersama Panasonic, pengacaranya Ammar Titan juga turut berdebar.

Mananya tak berdebar, dia dah buat ‘onar’ sekali lagi. Ingatkan dah serik selepas kes mencuri piza, kali ini dia buat hal lagi. Agaknya apa pula yang dilakukan Ammar kali ini? Adakah Sherry Alhadad mengamuk dengan perbuatan rakan pengacaranya itu. Kalau nak tahu jom tonton video Belakang Tabir di bawah.

Mujur ada Mesin Basuh dengan Pengering 10kg Cucian/6 kg Pengeringan Panasonic sebagai penyelamat. Kalau tidak, memang mengamuk sakan Sherry dibuatnya.

Mesin basuh muatan depan ini mempunyai teknologi pembersihan yang hebat iaitu ActiveFoam System, Inverter, Econavi dan Stain Master+.

Selain itu, teknologi Blue AG+ mampu mengurangkan pembiakan bakteria manakala Hygiene 60°C/90°C  pula dapat membantu daripada segi penjagaan alahan.

Dengan gabungan kesemua teknologi canggih ini, kuasa pembersihan menjadi lebih efektif dan optima.

Foto: Panasonic

Menariknya, Mesin Basuh dengan Pengering 10kg Cucian/6 kg Pengeringan Panasonic  juga direka dengan bijak untuk membantu memelihara air dan tenaga setiap kali anda mencuci pakaian. 

Oleh itu, kerja mencuci pakaian lebih mudah dan cepat dengan adanya mesin basuh yang terbaik di rumah! Jom klik gambar di bawah untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai mesin basuh hebat ini!

Ad Ops