Categories: FeaturedOh Lawa

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

ANAS Cosmetics, jenama kosmetik yang diilhamkan berdasarkan tona kulit Asia, melancarkan rangkaian produk baharunya, baru-baru ini

Pelancaran himpunan baharu ini diharap dapat menghangatkan lagi pilihan sedia ada janama itu yang sentiasa laris terjual di pasaran.

Bersempena dengan pelancaran itu, Anas Cosmetics tampil dengan pelan pemasaran yang lebih agresif. Jika sebelum ini dijual secara atas talian, kini jenama itu mempunyai ruang tersendiri dan boleh didapati di hab kosmetik, Sasa, cawangan IOI City Putrajaya.

Foto: PublicInsta

Keluaran penuh bergaya itu terdiri daripada Mascara Ultra Madness Super Volume dan penggaris mata, yang diyakini bakal menjadi pilihan fashionista.

Foto: Instagram ANAS Cosmetics

Pengarah Urusan dan Pengasas ANAS Cossmetics, Anas Zahrin, berkata Anas Cosmetics ditubuhkan pada Ogos 2017 selepas menyedari kesukaran wanita Asia menyesuaikan warna produk kosmetik dengan tona kulit mereka.

Katanya, setiap produk yang dihasilkan diharap dapat menjadi penyelesaian pada permasalahan wanita Asia dalam memperoleh barangan komestik bersesuaian dengan mereka.

“Kami memberikan sepenuh tumpuan bagi memastikan Anas Cosmetics menjadi produk tempatan pertama yang menembusi pasaran antarabangsa dengan kualiti yang sejajar dengan standard ditetapkan global.

“Kami membuat banyak kajian, penyelidikan dan bekerja keras dalam usaha menghasilkan produk terbaik sekali gus memenuhi keinginan wanita agar dilihat sempurna saat mengenakan solekan yang sesuai dengan kulit mereka ” katanya.

Foto: Instagram ANAS Cosmetics

Yanie Baharom

Recent Posts