Categories: FeaturedOh Lawa

Apa Itu Cactus Water & Kenapa Ia Patut Ada Dalam Sistem Penjagaan Kulit Anda

Baiklah, pokok kaktus kan berduri? Takkan nak tonyoh di muka! Nampak macam tak sesuai langsung untuk penjagaan diri atau relaxation.

Tapi ada sebab kenapa pokok-pokok ini boleh hidup dalam udara kering di padang pasir: ia penuh dengan H2O yang boleh bantu memampankannya apabila perlu.

Baru-baru ini, kita boleh lihat peningkatan dalam penggunaan kaktus dalam produk penjagaan kulit yang berasaskan air.

Tapi kita perlu lihat jika ia hanyalah sekadar trend ataupun ia betul-betul boleh membantu mencantikkan kulit.

Untuk itu, pakar kulit selebriti Dr. Lily Talakoub daripada McLean Dermatology & Skincare Centre telah memberikan pendapatnya.

Jadi apa yang best sangat tentang cactus water?

Dr. Lily (DL): Kandungan elektrolit dalam air kaktus adalah lebih pekat untuk menghidratkan kulit. Ia juga kaya dengan antioksida yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.

Cari produk yang mengandungi ramuan pear cactus; itulah satu-satunya jenis kaktus yang mengandungi gabungan beberapa jenis antioksida, vitamin dan elektrolit. Ia boleh melindungi kulit daripada kerosakan UV, penuaan dan kekurangan kolagen.

Foto: Sephora

Jenis kulit mana yang paling sesuai untuk air kaktus?

DL: Semua jenis kulit pun sesuai. Kulit kering boleh mendapat manfaat daripada elektrolit yang mengekalkan air dan kelembapan dalam kulit.

Minyak kaktus yang bersifat anti-bakteria pula berguna untuk kulit yang mudah berjerawat. Sementara itu, vitamin dan nutrien dalam minyak kaktus boleh menenangkan kulit sensitif.

Selain dalam penjagaan kulit, minuman yang diperbuat daripada air kaktus pun popular. Bolehkah ia memperbaiki kulit si peminum juga?

DL: Sama seperti minuman sukan Gatorade, elektrolit dalam air kaktus mengganti semula elektrolit yang hilang dari dalam badan setelah anda bersenam serta mengekalkan kelembapan pada kulit.

Secara umumnya ia boleh menghidratkan badan dan kulit lebih daripada jika anda minum air saja.

Sumber: Elle

Ad Ops