Featured By: Fadzlena Jafar March 24, 2020 @ 2:40pm

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Baju kurung klasik potongan tradisional mampu membuatkan si pemakai tampak anggun dan menawan, malah amat sesuai untuk digayakan pada Aidilfitri tatkala berkunjung ke rumah sanak saudara.

Tidak hairanlah, baju kurung Bahari Asyek yang mengekalkan potongan tradisional dalam setiap rekaannya sentiasa menjadi pilihan kebanyakan wanita bekerjaya.

Pengarah Urusan Bahari Asyek Fabric & Clothing, Zahalina Ab Rahman (enam dari kanan) ketika pertunjukan fesyen Himpunan Syawal Bahari Asyek 2020 di Hotel Concorde, Shah Alam. (gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR)

Pengarah Urusan Bahari Asyek Fabric & Clothing, Zahalina Ab Rahman, berkata potongan baju kurung tradisional bukan sahaja selesa digayakan, tetapi turut membuatkan penampilan lebih anggun dan tampak eksklusif.

“Bersesuaian dengan maksud Bahari Asyek iaitu kecintaan terhadap warisan, setiap rekaan baju kurung kami mengekalkan potongan tradisional yang lebih labuh dan bersaiz besar.

“Bagaimanapun, bagi menarik generasi muda untuk memilih Bahari Asyek sebagai jenama pilihan, kami menyuntik elemen kontemporari dalam setiap rekaan,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Himpunan Syawal Bahari Asyek 2020 di Shah Alam, baru-baru ini.

Baju kurung yang diberi suntikan moden dengan aksesori butang menghiasidepan baju. (gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR)

Himpunan berkenaan menampilkan 32 rekaan baharu yang berkonsepkan tradisional menggunakan fabrik seperti kapas, sutera kapas, broked, voil dan tenun.

Bagi menyerlahkan keunikan himpunan itu, setiap rekaan turut dinamakan antaranya Kurung Tun Fatimah, Kurung Sultana, Kurung Riau Tenun, Kurung Kuno Kapas, Kurung Moden Puspa, Kurung Poket Dua, Kurung Kelasi, Kurung Tun Teja dan Kebaya Dayang Senandung.

Baju Kurung Poket dua menggunakan kain linen jalur yang tampak klasik digayakan. (Gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR)

Antara rekaan yang menarik ialah Baju Kurung Poket Dua yang cukup popular pada dekad 1970-an. Baju kurung berkenaan menampilkan dua poket yang dijahit pada sisi baju, sesuai bagi wanita yang ingin meletakkan barang atau sekadar meletak tangan di dalamnya.

Bagi yang menggemari baju bersaiz besar, boleh memilih baju kurung Tun Fatimah diperbuat daripada kain kapas voil yang lembut dan beralun apabila digayakan.

Kebaya Riau yang sesuai digayakan pada hari istimewa. (Gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR

Meskipun saiznya agak besar, apabila dipakai penampilan tampak lebih kemas dan langsing sesuai untuk wanita bertubuh tinggi. Begitupun, setiap baju kurung Bahari Asyek dijahit dengan perincian yang kemas dan disesuaikan untuk wanita tanpa mengira ketinggian.

Bagi wanita berbadan besar, Kurung Sultana sesuai digayakan. Didatangkan dalam fabrik bercorak ‘mata ikan’, baju kurung ini menjadikan pemakai tampak langsing dan tinggi.

Kebarung ini begitu menyerlah sehingga menaruik perhatian penonton yang hadir pada majlis pertunjukan fesyen Himpunan Syawal Bahari Asyek 2020. (Gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR)

Selain rekaan baharu itu, Himpunan Syawal Bahari Asyek 2020 turut mengembalikan rekaan tahun lalu iaitu Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kutung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri.

Satu lagi kebarung yang diperbuat daripada kain tenun, tampak menawan apabila digayakan. (Gambar NSTP/STR/FAIZ ANUAR)

Pelanggan yang berminat untuk membeli baju kurung Bahari Asyek, boleh berkunjung ke premis jenama itu di Plaza Shah Alam, atau membuat pembelian menerusi laman sosial Instagram di akaun bahariasyek.co yang dilancarkan pada 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 6 Apr 2021

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian […]

Events Thu, 23 Jun 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Sun, 8 Aug 2021

Tahniah! Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Untuk Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi. Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau sebagai […]

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Featured Sun, 6 Feb 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022