Featured By: Maya Basir May 24, 2023 @ 2:25pm

Jawab Isu Bergambar Dengan Gal Gadot, Meerqeen Kena Kecam Warganet

Pelakon Meerqeen dikecam netizen gara-gara bergambar dengan bintang filem terkenal yang merupakan warga Israel iaitu Gal Gadot semasa dijemput ke acara Tiffany & Co di New York.

Menerusi perkongsian di TikTok @urtv_official, Meerqeen menjawab tentang kecaman yang diterima selepas memuat naik foto bersama pelakon Wonder Woman itu.

Menurutnya, dia bergambar dengan Gal Gadot kerana masing-masing merupakan seorang pelakon.

“Saya tangkap gambar dengan dia bukan sebab dia Israel ke apa, saya tangkap gambar dengan dia sebab dia actor sama macam saya.

“So, for me tak salah. Bukan saya support apa yang dia buat pun. Saya suka dia sebab pekerjaan kami yang sama iaitu pelakon.

“Why not saya ada chance macam tu. Kalau yang condemn saya tu pun kalau jumpa Gal Gadot pun tangkap gambar juga. What’s the difference? Tak ada beza pun kan,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan jawapan yang diberikan Meerqeen tidak matang.

“Biasa lah baru 22 tahun.

“Jawab pun boleh tahu tak matang lagi.

“Tak matang betul jawapan dia ni,” komen netizen.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, video tersebut telah dipadam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 20 Feb 2018

DEBARAN MAKIN TERASA, TAHNIAH DYNAS!

Akui Dynas, dia gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya. Tahniah Dynas, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya, Insha Allah.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya…

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Ella, Kapten Azhar Dilantik Ikon Kemanusiaan, Bakal Terbang Ke Lubnan 26-30 April Ini

Layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian 03- 2181 7552 atau pengarah projek (Puan Hafiza 017-5759 783). Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun seperti dinyatakan di dalam artikel. Jom sumbang sedikit untuk saudara kita di sana!

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Beri Saya Kesedaran Siapa Yang Ikhlas Menyayangi…” – Tulang Patah & Ada Darah Beku… Fasha Sandha Syukur Bengkak Di Mata Beransur Pulih

Alhamdulillah, Fasha dah boleh keluar hospital hari in 🥰 Min doakan semoga mata Girl kembali pulih seperti sedia kala ❤️

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
error: Content is protected !!