Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 16, 2025 @ 8:37pm

RM55.1 Juta! Ejen Ali The Movie 2 Raih Kutipan Filem Animasi Tempatan & Antarabangsa Tertinggi Sepanjang Zaman

Dengan kutipan mencecah RM55.1 juta, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia, mengatasi semua karya animasi tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan.

Lebih membanggakan, EATM2 kini mengatasi kutipan filem blockbuster dari Hollywood dan juga Asia sepanjang dua bulan ini. Ini sekali gus menjadi bukti nyata terhadap keyakinan serta sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap naskhah animasi yang berteraskan identiti dan semangat tempatan.

Menurut Usamah Zaid Yasin selaku pengarah EATM, kejayaan ini bukan milik WAU Animation semata-mata tetapi milik semua ejen-ejen yang percaya dan berdiri bersama sejak awal.

“Saya amat menghargai dedikasi seluruh pasukan WAU Animation yang telah mencurahkan tenaga dan kreativiti tanpa henti dalam menjayakan filem ini.

“Terima kasih juga kepada rakan produksi kami, Primeworks Studios, yang memberikan sepenuh komitmen dalam mempromosikan filem ini, malah sentiasa tampil dengan idea-idea baharu yang segar dan berani demi memastikan EATM2 terus menjadi pilihan penonton.

“Sudah tentu, penghargaan tertinggi buat para peminat yang menjadi tulang belakang dan sumber semangat utama kami sejak hari pertama,” ujarnya.

Tambah Nini Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, pencapaian ini adalah hasil kerjasama, kepercayaan dan semangat yang dikongsi bersama.

“Kami harap para penonton akan terus menyokong EATM2 dan bantu kami untuk mencapai sasaran kutipan seterusnya iaitu RM60 juta.

“Hanya dengan sokongan teguh anda dapat kami realisasikan impian untuk menghasilkan naskhah Ejen Ali seterusnya, demi perkembangan industri kreatif tempatan yang bakal membanggakan Malaysia,” katanya.

Daripada siri animasi di kaca televisyen ke layar perak, Ejen Ali telah berkembang menjadi sebuah francais yang matang dan berpengaruh.

Filem kedua ini bukan sahaja mengukuhkan kekuatan jenama, malah mencerminkan evolusi penceritaan animasi tempatan yang lebih berani, berdimensi dan menyentuh hati pelbagai lapisan penonton.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Jul 2024

Gesa Ibu Bapa Pantau Anak-Anak Isu Buli Siber, Khairul Aming Mengaku Terkesan Terima Komen Negatif -“Nak Kata Saya Tak Ada Haters, Tipulah!”

Haa, dengar tu! Jangan layan komen negatif tapi ambil input untuk tambah baik content yang nak dihasilkan🙌🙌🙌

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Bila Raya Terus Jadi Orang Kampung, Seronok Pusing Naik Motor” – Areef Amran Kongsi Rutin Sambut Aidilfitri

Areef bagaimanapun merasakan dirinya masih belum begitu dikenali ramai, namun sentiasa terbuka untuk beramah mesra dengan peminat jika ditegur.

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Ada Apa Dengan The Weeknd Dan Selena Gomez?

Wow, buat lagu tentang ex girlfriend. Masih belum move on ke?

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

黄若熙演唱多首未曝光创作!让媒体粉丝投选下一首新歌

刚入围台湾金曲奖的黄若熙选择在出道三周年庆当日举办新歌发布会,现场除了演唱多语创作新歌《只想说谢谢你》,也现场演唱了被电视电台媒体禁播入围金曲奖的歌曲《十种自杀的方法》。

Trending Wed, 17 Feb 2021

DidikTV Bantu Tingkatkan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Buat Pelajar

Wabak COVID-19 yang melanda dunia memberikan kesan mendalam kepada pelajar. terutamanya kepada mereka yang sedang melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan saluran khusus untuk TV Pendidikan, DidikTV […]

error: Content is protected !!