Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 4, 2024 @ 5:39pm

[VIDEO] “Niat Saya Nak Wujudkan Keberanian Pada Sahabat Untuk Datang Ke Makkah” – Dah Padam Video, Hafiz Mahamad Mohon Maaf

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Hafiz Mahamad memaklumkan dia sudah meminta pandangan beberapa pihak sebelum berkongsi video content mencium Hajar Aswad di media sosial.

Hafiz mengatakan dia mendapat respons yang positif daripada ramai orang yang meluahkan rasa sebak setelah melihat video kesungguhan pekerjanya mencium Hajar Aswad.

“Semalam sebelum saya kongsi video itu, sebenarnya dah minta pendapat beberapa orang dan alhamdulillah pendapat mereka positif.

“Dan bila saya kongsi video itu, sejam.. dua jam yang pertama itu masya-Allah saya dapat DM yang positif.

“Ada yang tengok Ya Allah teringinnya nak pergi. Ya Allah rupanya situasi dia macam ini. Kena prepare diri daripada sekarang, fizikal dan mental.

“Ada pendapat-pendapat juga yang saya tanya semalam semuanya cakap bermula dengan niat,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan tujuan dia berkongsi video tersebut adalah untuk memberi kenangan, selain menunjukkan keberanian kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Kota Makkah.

Dr Zulkifli

“Jadi niat saya sebenarnya bila saya kongsi perkara itu yang pertama adalah saya bagitahu ini bukanlah kerana untuk riak ataupun takbur tapi alhamdulillah.

“Allah jemput ke sini lebih daripada 7 kali. Setiap tahun saya akan bawa staf saya.

“Saya akan pesan dekat staf sebelum berangkat ke bumi Allah untuk cuba manfaatkan (waktu di sana). Cuba cium batu Hajar Aswad, cuba solat di depan Kaabah walaupun keadaan dia sukar.

“Saya tak nak mereka nanti bila pergi dan balik dia rasa ralat. Setiap tahun saya bawa team, dua atau tiga hari pertama di Makkah, kerja saya dah macam mutawif.

“Alhamdulillah team saya dekat sini semua dapat cium Hajar Aswad. Selama 7 tahun saya ke sini, saya tak pernah lagi saya kongsi video semalam.

Dr Zulkifli

“Saya mula-mula rasa video itu untuk saya jadikan kenangan dan boleh wujudkan keberanian juga kepada sahabat-sahabat saya untuk datang ke sini. Maksudnya bila saya sampaikan video semalam, mereka dah prepare.. ada cabaran dalam beribadah.

“Saya tolong team bukan nak jadi hero tapi harapnya benda itu boleh dicontohi oleh team saya juga. Kalau awak tengok video saya semalam, saya tahu mana nak masuk dan masuk cara tidak menyakitkan.

“Yang saya dekat atas, bukan saya marah-marah. Jangan takut untuk mencuba walaupun perkara itu sunat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bagaimanapun, Hafiz sudah memadam video tersebut di platform media sosial serta memohon maaf sekiranya perkongsiannya itu tidak menyenangkan beberapa pihak.

Artikel Berkaitan: “Hukum Mencium Hajar Aswad Jatuh Haram Sekiranya Membahayakan Keselamatan Diri” – Dr Zulkifli

Artikel Berkaitan: “Setiap Hari Bersyukur Tak Jual Agama Demi Duit & Content” – Ben Amir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 May 2021

Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Kepada Individu Bawah 60 Tahun Mulai Esok

Berita baik buat mereka yang masih belum mendaftar vaksin! Slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka mulai  esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari. Perkara itu dimaklumkan Menteri […]

Trending Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Hiburan Thu, 15 Aug 2024

Permohonan Perintah Injunksi Interim Puteri Sarah Terhadap Nazatul Nazira Diluluskan

Tak ada lagi saling berbalas kenyataan di media sosial

Trending Tue, 3 Nov 2020

Lanjutan Moratorium Bantu Ringankan Hutang Rakyat

Terutamnya kepada golongan yang memerlukan

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!