Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 10, 2026 @ 12:40pm

Catat Doa & Zikir Dalam Buku Nota Persiapan Haji, Lisa Surihani Raih Pujian… Mutawwif Syor Diterbitkan Untuk Manfaat Ramai

Pelakon, Datin Lisa Surihani mencuri tumpuan ramai apabila tular sebuah video memaparkan persiapannya sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, mutawwif Dr Amirul Hassan menunjukkan beberapa buah buku milik Lisa yang dipenuhi dengan catatan berkaitan persiapan haji, doa dan zikir yang ditulis sendiri oleh aktres berkenaan.

Menurut Dr Amirul, dia kagum melihat usaha dan kesungguhan Lisa dalam membuat persediaan rohani sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Saya sangat kagum dengan catatan Hajjah Lisa sebagai persediaan rohaninya sendiri untuk menghadapi hari-hari haji.

“Banyak doa yang saya pernah kongsikan sebelum ini, dia sendiri sudah tahu dan menghafalnya. Masya-Allah.

“Hajjah juga meminta doa daripada kita semua agar terus istiqamah dalam beragama,” katanya.

Sementara itu, Lisa memberitahu sebahagian catatan tersebut ditulis berdasarkan ilmu dan perkongsian yang diperolehnya menerusi kuliah agama yang pernah dihadiri sebelum ini.

Malah, Dr Amirul turut berpendapat nota berkenaan mempunyai nilai yang baik untuk dikongsikan kepada orang ramai sehingga mencadangkan agar ia diterbitkan dalam bentuk buku.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Lisa mendalami ilmu agama.

Selain memuji usaha isteri kepada penyanyi dan pelakon, Yusry Abdul Halim itu, ramai juga tertarik dengan cara Lisa menyusun catatannya yang kemas dan teratur.

Tidak kurang juga yang memuji tulisan tangan Lisa selain kebanyakan nota tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris.

@dramirulhassan

Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration

♬ оригинальный звук – Ihlas Salih

Artikel Berkaitan: Tunai Rukun Islam Kelima… Anak Sulung Berderai Air Mata Iringi Keberangkatan Tomok, Lisa Surihani Berkorban Tinggalkan Keluarga

Artikel Berkaitan: Yusry Sebak Dengar Ucapan Lisa Surihani Dari Tanah Suci, Titip Doa & Kata-Kata Penuh Kasih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Trending Wed, 17 Apr 2019

13岁少年骑车100 公里!只为探视生病弟弟

年仅13岁的超强意志力青少年,排除万难骑车100 公里,只为尽快见到生病的早产弟弟和母亲。

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Trending Thu, 25 Jun 2020
Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

error: Content is protected !!