Featured By: Ad Ops August 22, 2019 @ 2:00pm

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Anda mungkin perasan yang lama kelamaan, bateri telefon pintar anda tidak lagi mampu untuk menampung cas yang banyak.

Jika ketika baharu membelinya dahulu, baterinya boleh bertahan selama 10 jam sebelum ia perlu dicas semula. Dua tahun kemudian, anda akan mendapati bahawa ‘nyawanya’ bertahan selama lima jam sahaja!

Ini bukan imaginasi. Apabila bateri semakin ‘berumur,’ kemampuannya untuk mengekalkan cas lama-lama akan berkurangan.

Jika perkara ini kerap berlaku kepada anda, jangan risau. Tidak semestinya anda perlu menukar bateri ini kepada yang baharu, ataupun anda perlu membeli telefon baharu terus.

Di bawah ini ialah beberapa panduan yang anda boleh ikuti supaya bateri anda mampu bertahan lebih lama. Jika anda tidak mempunyai powerbank tetapi perlu berjimat bateri sebanyak mana yang mungkin, panduan Time ini memang berguna.

Pastikan perisian telefon anda sentiasa dikemaskini

Pengeluar telefon pintar seperti Apple dan Samsung akan sentiasa menghantar pesanan ‘kemaskini’  untuk alat elektronik mereka walaupun kadangkala peringatan itu menjengkelkan juga kerana anda perlu kemaskini setiap masa.

Sebenarnya ‘kemaskini’ yang disarankan itu ada tujuannya: Perisian yang terkini boleh membantu memastikan telefon anda menawarkan cas telefon terbanyak.

Foto: Chesnot/Getty Images

Kurangkan penggunaan bateri latar belakang

Sesetengah aplikasi akan beroperasi di latar belakang sistem telefon anda, walaupun anda tidak menggunakannya.

Anda boleh pilih untuk memberi kebenaran atau mengehadkan aplikasi berkenaan daripada berbuat demikian.

Jika sesuatu aplikasi itu nampaknya memerlukan bateri dengan banyak, anda boleh juga memilih untuk buang sahaja aplikasi itu.

Untuk melakukan langkah ini, anda hanya perlu pergi ke Setting.

Malapkan cahaya skrin

Lagi cerah skrin anda, lagi cepatlah bateri akan mati. Jadi apabila anda memerlukan bateri untuk bertahan, anda patut kurangkan kadar pengcahayaan skrin telefon anda.

Anda juga patut elak daripada melakukan apa jua yang memerlukan kuasa pemprosesan seperti bermain game, menonton video ataupun menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze.

Satu lagi cara ialah untuk mematikan pemberitahuan yang akan mencerahkan paparan skrin anda walaupun apabila anda tidak menggunakannya.

Putuskan connection

Foto: iMore

Pasangkan mod kapal terbang supaya hubungan telefon anda dengan pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih anda terhenti seketika.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan Wi-Fi kerana ia memerlukan lebih kurang bateri berbanding rangkaian selular.

Gunakan pilihan “battery saver” atau “low power mode

Setiap telefon pintar pasti ada pilihan battery saver yang mengehadkan penggunaan bateri telefon anda. Apabila bateri anda semakin kurang, anda sepatutnya mendapat notifikasi yang mengingatkan anda untuk memasang ‘battery saver’ hanya dengan satu sentuhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

| Live TV

error: Content is protected !!