Featured By: Yanie Baharom December 28, 2018 @ 12:00pm

Si Kecil Susah Nak Makan Ubat? Nah! ‘Pancing’ Mereka Dengan 6 Cara Ini

Siapa yang ada anak tentu faham betapa susahnya hendak memberi ubat kepada anak.

Kadang sampai meronta-ronta enggan makan ubat. Memang kesian bila melihat keadaan si kecil begitu tetapi lagi kesian kalau kita tidak berusaha langsung untuk memberikan ubat kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anak anda.

Bukan itu sahaja, kebarangkalian merisikokan orang sekeliling yang ikut terjangkit sekali.

Apa kata si ibu dan bapa cuba ikuti 6 langkah mudah di bawah. Perkongsian oleh Dr Ezairy tentang teknik memberi ubat menarik untuk dicuba oleh ibu-ibu di luar sana.

Apakah Cara dan Teknik Berkesan Beri Ubat?

1. Guna picagari

Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti.

Justeru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.

2. Teknik yang sesuai dan betul

Letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk.

Posisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!

3. Cari ruang dan kawasan yang tenang

Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak.

Sekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.

4. Jangan paksa anak anda yang sedang meronta-ronta

Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.

5. Beri peluang anak pegang picagari ubat dan letakkan ke dalam mulutnya sendiri.

Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.

6. Minta nasihat doktor

Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat.

Perlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor penting.

Sumber: Bidadari.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Events Thu, 3 Nov 2022

Tampil Dengan Kelainan, Konsert 4 Dekad Slank Ubat Rindu Peminat Malaysia

Kumpulan rock Indonesia, Slank akan menemui peminatnya di Konsert 4 Dekad Slank di Kuala Lumpur pada 19 November 2022. Bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Slank akan tampil dengan beberapa kelainan yang pasti akan […]

Semarak Sat, 2 Jun 2018

Bersenam Ketika Di Bulan Ramadan, Perlu Atau Tak Payah? Ini Jawapannya

Hmm, kalau bersenam, takut penat sangat sampai pengsan pula. Macam mana ni?

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Endometriosis, antara punca wanita sukar untuk hamil 

Senggugut atau sakit ketika haid antara gejala endometriosis

Featured Fri, 27 Apr 2018

Bagaimana Rupa Puteri-Puteri Disney Jika Mereka Hidup Di Zaman Moden? Pelukis Ini Ada Jawapannya

Para Puteri Disney diberi nafas baru dari segi rupa serta gaya fesyen mereka. Nampak chic!

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡