Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Sebut sahaja nama Kilafairy, pasti ramai yang membayangkan bentuk badannya yang langsing dan menggiurkan. Malah, tidak dinafikan ramai wanita di luar sana yang mendambakan bentuk badan persis aktres dan penyanyi itu.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu suatu ketika dulu anak bongsu kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil ini turut berdepan fasa di mana badannya pernah tembam dan berisi.

“Walaupun tampak kurus atau langsing, tidak bererti tiada lemak yang tersembunyi. Memang ada yang tidak percaya, namun hakikatnya saya juga pernah bergelut dengan masalah berat badan. 

“Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat, saya memang pernah berisi. Ketika itu, keyakinan diri juga ada kalanya menurun.

“Bagaimanapun, saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri dan keyakinan diri itu perlu ada dalam setiap diri kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya, kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” kata pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan ini yang nekad mahu cantik dan langsing.

Selain melakukan rutin senaman dan mengamalkan pemakanan yang seimbang, pelantun lagu Put The Word In bersama Sean Kingston itu turut mengamalkan produk minuman kesihatan KilaFit.

KilaFit mengandungi campuran ramuan moden dan tradisional yang sempurna untuk menghasilkan makanan tambahan pelangsingan badan yang terbaik dan paling seimbang.

KilaFit bukan sahaja membantu membakar sel-sel lemak dalam tubuh badan anda untuk mendapatkan tenaga dan menurunkan berat badan, ia juga turut menegangkan, mencantikkan serta melembapkan kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan tahap kesihatan serta imunisasi badan anda.

Menariknya, produk KilaFit turut mengandungi makanan Sunnah seperti kurma yang membantu membekalkan serat untuk memudahkan penghadaman dan menghilangkan berat badan berlebihan serta meningkatkan penghasilan sel darah merah dalam badan.

Pelakon, Kilafairy pada majlis pelancaran produk kecantikan KilaFit di Cheras. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Kandungan buah delima juga turut membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B, yang membantu mencegah penyakit dan turut menyokong kebanyakan fungsi badan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan stres, memberi tenaga termasuklah menyokong fungi metabolisme.

Produk KilaFit boleh didapati dalam dua perisa dan dijual pada harga RM88. Produk ini telah mendapat lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari Instagram @kilafit.

Ad Ops