Categories: LIFESTYLE

Berkaki Ayam di Pasir Pantai Boleh Terkena Cutaneos Larva Migrain

Bila berada di pantai, siapa yang memakai selipar atau kasut semestinya tidak dapat merasa begitu halusnya pasir itu. Bukan selalu dapat berkaki ayam berjalan atas pasir.

Tahukan anda yang berkaki ayam pun ada masalahnya juga ! Ingat lagi tentang pasangan Kanada yang terkena serangan cacing ke dalam kaki mereka?

Terbaru pengguna Facebook, Nurul Ezzatul berkongsi di mana dia terkena serangan cacing semasa dia bermandi manda di pantai tanpa memakai alas kaki. Tanpa sedar, cacing parasit sudah masuk di ruang bawah kaki.

Menurutnya, selepas seminggu mengalami masalah gatal-gatal dan bengkak pada kaki, dia pergi ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut. Kata doktor ini adalah daripada cacing yang dibawa oleh sesetengah anjing dan kucing yang membuang najis di sekitar pantai.

“Saya nampak garisan urat itu bergerak-gerak berpindah tempat lain ”

“Setiap malam akak tidur memang akan ada rasa ada benda merayap di kaki dan kadang-kadang gatal yang tidak boleh kawal gatalnya.

Jadi,doktor yang merawat diagnos penyakit ini sebagai ‘Cutaneos Larva Migrain’. Dan sudah berada di bahagian seluruh kaki dan menyebabkan ia bengkak kerana enfection berbisa walaupun sedang melangkah berjalan”

Jadi, untuk peringatan semua agar lebih berhati-hati semasa bercuti di pantai dan beringatlah untuk memakai alas di kaki walapun berjalan di kawasan yang selamat kerana kita tidak tahu apa yang kita pijak.

Sumber: Nurul Ezzatul 

SGMS Enal