Categories: FeaturedGaya Hidup

Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Peluh & Minyak Pada Shawl

Perasan tak kalau kita pakai tudung seharian bila sudah dibuka akan kelihatan seperti tompokan minyak akibat peluh di bahagian tertentu seperti leher dan tepi muka.

Rasa macam nak menangis lebih-lebih lagi tudung itu baru dibeli dan mahal harganya. Nak dibuang terasa sayang, tetapi nak pakai semula macam tak sanggup kalau kesan tompokan minyak itu banyak dan jelas.

Walaupun telah dibasuh beberapa kali, tetapi apabila kering tompokan itu tetap ada dan sukar untuk dihilangkan. Anda semua jangan risau, Hijab & Heels akan kongsikan tip mudah bagaimana untuk menanggalkan kesan minyak dan peluh ini. Jom semak!

Cara pertama

Foto: Buzzkini

1. Ambil bedak tabur (tak kesah jenama apapun) dan taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak tadi. Letak seberapa banyak yang boleh.

2. Kemudian, biarkan seketika sambil gosok lembut dengan jari bedak yang ditabur pada tudung.

3. Setelah bedak sudah menyerap pada tudung, barulah cuci macam biasa. Anda juga boleh rendam tudung tersebut dengan sabun seketika dan bilas.

4. Jemur tudung sehingga kering. Hasilnya tiada lagi kesan minyak pada tudung anda!

Cara kedua

Foto: Medical News today

1. Cuci tudung dengan shower cream. Kemudian, tambahkan bahagian yang terkena peluh itu dengan baking soda dengan menggunakan berus gigi. 

2. Gosok perlahan-lahan. Anda tidak perlu risau, kerana dua bahan ini tidak akan merosakkan tudung anda.

3. Setelah selesai digosok, basuh seperti biasa dengan sabun pencuci baju. 

Mudah saja kan? Lagi satu pesanan penulis, lagi bagus sekiranya anda elakkan mencuci tudung dengan menggunakan mesin basuh. Sebaliknya, anda hanya perlu gosok lembut sahaja untuk menjada kualiti fabrik tudung kesayangan anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hijabista

tex_admin