Eat Travel By: Shaidah Shafie May 29, 2020 @ 3:47pm

Cik Puan Sofie belajar masak nasi kaya pulut, juadah istimewa Cik Siti Wan Kembang

Bagi masyarakat di Pantai Timur, nasi kaya pulut atau seri muka adalah hidangan pemanis mulut yang sangat istimewa kerana keenakan rasa dan cara penyediaannya yang memerlukan ketelitian.

Orang kata, jika terlebih mengadun telur, teksturnya tidak cantik, pulut juga perlu ditanak sempurna supaya lapisan atas tidak mengalir ke lapisan pulut.

Apa yang membezakan nasi kaya pulut dan sri muka ialah warna kerana nasi kaya pulut kebiasaannya dihasilkan dalam warna perang disebabkan penggunaan gula kabung, manakala seri muka biasa dilihat berwarna hijau pandan.

Cik Puan Sofie Louies Johansson turut belajar menyediakan nasi kaya pulut. Foto kredit: Instagram @ljo

Oleh sebab istimewanya nasi kaya pulut itu, suri hati Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, iaitu Cik Puan Sofie Louies Johansson turut belajar menyediakan manisan berkenaan untuk santapan sekeluarga.

Cik Puan Sofie tampak ceria menyediakan menu nasi kaya pulut pada Ramadan lalu, malah wanita cantik yang juga kesayangan rakyat Kelantan itu juga dilihat sangat aktif memasak dengan menyediakan pelbagai menu sama ada masakan Melayu mahupun dari negara kelahirannya, Sweden.

Satu keuntungan besar bagi sesiapa yang berupaya menyediakan pelbagai menu dari dua negara berbeza seperti Cik Puan Sofie ini.

Hijab & Heels ingin mengambil semangat dan kesungguhan Cik Puan Sofie dalam menyediakan manisan istimewa dan klasik ini kerana menu klasik ini lazimnya menuntut kesungguhan, namun berbaloi untuk dipelajari, apatah lagi enak untuk dijadikan hidangan minum petang bila ada tetamu bertandang.

Lapisan atas diperbuat daripada adunan santan, telur dan gula perang – gambar hiasan. Foto: resipibonda.com

Nasi kaya pulut

Bahan-bahan:
5 biji telur itik
2 biji keledek sederhana besar
1 cawan gula perang / 2 ketul gula Melaka
1 setengah cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Daun pandan, untuk mendapatkan aroma wangi

Cara penyediaan:

1. Rendam beras pulut kira-kira satu jam. Basuh dan tos. Masukkan ke dalam loyang dan kukus bersama santan. Pastikan beras pulut tenggelam oleh santan yang sudah dicampur sedikit garam. Tambah air jika santan tidak mencukupi. Kukus sehingga masak.

2. Rebus keledek hingga masak, kemudian racik sederhana kasar dan biarkan ia sejuk. Ketepikan seketika.

3. Apabila pulut masak dan hampir sejuk, tekan pulut ke serata loyang supaya padat dan kemas. Gunakan tapak tangan atau senduk untuk proses meratakan pulut agar kemas.

4. Cairkan gula Melaka dengan sedikit air. Biarkan sejuk sempurna untuk memastikan telur mudah sebati dan tidak berketul apabila dimasukkan ke dalam periuk ini.

5. Pecahkan telur ke dalam periuk berisi cecair gula Melaka dan kacau rata. Jangan terlebih kepuk untuk memastikan teksturnya elok apabila dipotong. Masukkan keledek yang diracik dan adun supaya ia berbaur dengan elok. Masukkan daun pandan untuk mengelakkan bau hanyir telur.

6. Tuang adunan keledek dan gula Melaka ke atas pulut yang sudah diratakan dan kukus selama 30 hingga 40 minit. Anda boleh memeriksa untuk memastikan adunan lapisan atas itu sudah masak atau belum. Apabila masak, tutup api dan biarkannya sejuk sebelum dipotong.

Panduan:

# Telur itik akan menyebabkan adunan lapisan atas lebih keras dan mudah dipotong, namun telur ayam juga boleh digunakan sekiranya susah untuk mendapatkan telur itik.

# Anda boleh gunakan keledek sebarang warna. Keledek digunakan bertujuan untuk mendapatkan rasa manis dan tektur yang cantik apabila dipotong.

# Tutup bahagian atas loyang dengan plastik untuk mengelakkan ait daripada penutup pengukus menitik ke atas adunan.

Selamat mencuba!

Foto kredit: DariDapur.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Inisiatif Rakan Artis Bantu Kos Rawatan

Moga dipermudahkan buat Nad Zainal dan ahli keluarga🧡

Featured Fri, 22 Jun 2018

Yuna Dedah Kisah Peribadi Di Dalam Filem Pendek Wanita Besi

Yuna berasa malu untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum menerusi sebuah filem pendek berjudul Wanita Besi.

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Featured Tue, 15 Nov 2022

[VIDEO] “Menangis Britney Spears Dengar” – Kreatifnya! Sajat Tukar Lirik Lagu ‘Toxic’, Ramai Save Buat Ringtone!

Min terhibur lah dengan Sajat ni! Ada je idea dia kan 🤣🤣🤣 Luvv lagu Toxic versi Sajat, tempo sangat tepat ya!

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Featured Fri, 1 Apr 2022

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Sebak pula mendengar pendapat Raihan mengenai isu penyanyi nasyid tersebut..