Featured By: Yanie Baharom April 17, 2018 @ 8:41pm

Dera Isteri, Taktik Kejam Seorang Suami Pancing Mentua Bayar Hutang Bil Isteri Bersalin

Bersyukurlah wahai wanita apabila mendapat suami yang menyayangi kamu meskipun kehidupan mungkin biasa-biasa saja atau tidak semewah mana, kerana ramai wanita di luar sana merana dan menderita diperlakukan seperti binatang oleh sang suami.

Terbaru, satu tragedi menyayat hati berlaku di Shahjahanpur pada 13 April lalu, India, apabila seorang isteri diikat di siling dan dipukul oleh suaminya kerana tidak mendapat wang ganti daripada keluarga mentua.

Bukan itu sahaja, si suami, Ashok Shukla turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mentua agar membayar balik wang dengan segera.

Foto : Joe Ie

Kejadian itu bermula apabila Ruchi selamat melahirkan anak mereka lapan bulan lalu dan telah menyebabkan Ashok terpaksa membayar bil hospital bernilai Rs 40,000 (RM2379.60).

Ashok kemudian memaksa keluarga mertua untuk membayar semula bil tersebut namun, keluarga mentuanya enggan berbuat demikian.

Menurut pihak polis seperti yang dilaporkan portal Times of India, Ashok mula mendera isterinya pada Jumaat lalu ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Video penderaan tersebut turut dirakam pada hari yang sama.

foto : Fan Pop

Sejurus selepas menerima berita buruk itu daripada Ruchi, ahli keluarga terus membawanya pulang dan membuat laporan polis susulan kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Mengaitkan permasalahan ini dengan negara ini, isu keganasan rumah tangga satu topik yang tiada noktah. Walaupun kempen memerangi keganasan suami terhadap isteri dijalankan oleh pelbagai pertubuhan wanita, statistik menunjukkan kes seumpama ini terus meningkat.

Kes penderaan fizikal seperti diterajang, ditumbuk, dipukul, ditikam, dikelar, disimbah asid dan pelbagai perbuatan kekerasan suami ke atas isteri sering menjadi paparan media massa, juga banyak kes dibicarakan di mahkamah apabila isteri membuat laporan.

Foto : crwhouston

Lazimnya, dalam kempen menentang keganasan yang dijalankan, penderaan fizikal sering ditonjolkan sehinggakan ada yang terlepas pandang satu lagi bentuk keganasan rumah tangga iaitu penderaan emosi.

Penderaan kategori ini memang sukar dikesan dengan mata kasar kerana tidak berlaku kecederaan fizikal. Oleh itu ramai tidak sedar penderaan emosi meninggalkan kesan lebih mendalam, berpanjangan dan membahayakan mangsa.

Sesetengahnya menghidap masalah mental kerana terlalu kecewa dan tertekan. Persoalannya mengapa seseorang suami sanggup dan sampai hati mendera isterinya?

Bukankah seorang suami patut menyayangi, melindungi, bertimbang rasa dan mempertahankan isteri mereka. Jika punya suami bertopengkan syaitan, wanita punya hak untuk tentukan masa depan mereka untuk jaminan kehidupan yang lebih baik.

Foto : the dating divas

Sumber : Astro Awani (www.astroawani.com)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry […]

Featured Wed, 3 Aug 2022
Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Featured Fri, 1 Apr 2022

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Sebak pula mendengar pendapat Raihan mengenai isu penyanyi nasyid tersebut..

Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]