Eat Travel By: Shaidah Shafie April 3, 2020 @ 5:29pm

Didik anak bercuti sambil beramal

Percutian memang ditunggu oleh semua individu terutama apabila tiba musim cuti sekolah, ibu bapa tentunya akan merancang percutian khusus untuk seisi keluarga agar anak tidak bosan.

Bagi yang bernasib baik, mungkin destinasi luar negara menjadi pilihan untuk memanfaatkan cuti bersama keluarga, manakala bagi yang mempunyai bajet sederhana, destinasi dalam negara juga tidak kurang menarik.

Antaranya, anda boleh cipta percutian bermanfaat dengan membawa anak mengunjungi rumah anak yatim atau rumah kebajikan yang ada di sekitar Lembah Klang mahupun yang paling hampir dengan kawasan tempat tinggal anda.

Bawa anak bercuti ke rumah anak yatim, selain berhibur selit pengajaran kepada anak gambar hiasan. Foto: NSTP

Mungkin timbul persoalan bagaimana mahu bercuti di lokasi sebegitu yang dihuni anak-anak kecil dan tiada kolam mandi atau taman permainan kanak-kanak?

Sesi bercerita menjadi lebih menggembirakan sekiranya kanak-kanak diberi peluang ikut serta dalam sesi berkenaan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Intan Elliana Zakaria.

Hijab & Heels kongsikan bagaimana menjadikan percutian hujung minggu anda dan anak-anak menjadi sangat mengujakan sekiranya dihabiskan bersama kanak-kanak seusia dengan anak anda di rumah kebajikan.

1. Sediakan sedikit alatan permainan atau mewarna untuk dikongsikan oleh anak dan kanak-kanak yang menghuni di rumah kebajikan berkenaan. Tidak perlu banyak, mungkin anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan mengenai jumlah penghuni kanak-kanak dan berapa usia mereka agar dapat disediakan peralatan yang sesuai dan mencukupi.

2. Kanak-kanak biasanya lebih tertarik kepada permainan berbanding makanan jika kedua-duanya diletakkan di hadapan mereka. Sediakan makanan ringkas, tetapi mengenyangkan seperti sandwic, bun kelapa, kek dan air mineral sebagai alas perut sambil mereka melakukan aktiviti dengan anak anda. Jika mahu menyediakan nasi lemak atau mihun goreng, pasti lebih mengujakan. Sambil beraktiviti sambil makan, seronok!

3. Bawa buku untuk kanak-kanak yang sesuai dengan usia mereka. Anda sendiri boleh bertindak sebagai pencerita dan galakkan mereka bertanya atau ikut serta dalam sesi penceritaan berkenaan. Anak terhibur, kanak-kanak di situ juga terhibur sama.

4. Jika mempunyai perbelanjaan lebih, mungkin boleh menyediakan hadiah kecil seperti buku nota, alat tulis, berus gigi atau pun apa sahaja barang yang difikirkan sesuai untuk kegunaan mereka.

Buku boleh dijadikan hadiah sekiranya ingin berkunjung ke rumah anak yatim – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Percutian sebegini tidak memerlukan perbelanjaan besar atau bersusah payah menempah tiket penerbangan, hanya perlu memandu sendiri ke lokasi yang dipilih.

Apa yang perlu dilakukan ialah hubungi pihak pengurusan rumah kebajikan untuk janji temu dan selebihnya, beritahu anak kenapa anda memilih tempat sebegitu.

Pasti anak faham dan mereka boleh belajar sesuatu kerana jiwa kanak-kanak biasanya tulus dan lurus. Sediakan mereka kegembiraan, namun pada masa sama didik mereka sesuatu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021

Gadis Tetap Gembira Walaupun Hanya Tunang Secara Ringkas & Santai Di Restoran

Kisah romantik seorang lelaki yang melamar teman wanitanya di sebuah restoran pernah tular di laman TikTok pada bulan lalu. @aidilriza_ Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang […]

Featured Mon, 23 Jul 2018

10 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Sedu

Stres kalau sedu tak hilang-hilang, kan?

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022
Eat Travel Wed, 22 Jan 2020
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Featured Fri, 2 Dec 2022
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023