Categories: familuvFeatured

Doktor Kanak-Kanak Ini Boleh Hentikan Tangisan Bayi Dalam Masa 5 Saat! Jom Belajar Tekniknya

Sesetengah orang memang tak biasa dengan bayi lalu apabila bayi yang dipegangnya tiba-tiba menangis, gerenti dia akan panik.

Malah, ada juga ibu baru yang masih tak mahir dalam teknik-teknik menenangkan bayi mereka.

Tak perlu risau. Seorang doktor dari California, Robert Hamilton, telah menjumpai teknik yang gerenti berkesan.

Untuk pengetahuan anda, doktor ini bukan calang-calang orangnya. Dia telah bekerja sebagai doktor kanak-kanak selama lebih daripada 30 tahun. Jadi mestilah dia tahu apa yang dia buat.

Dia menamakan teknik mujarab ini sebagai “The Hold”. Jom belajar cara-caranya melalui video di bawah ini.

Macam magic! 

Bukan itu saja! Dr. Hamilton boleh lakukannya dalam masa 5 saat! Tak percaya? Tengok video ringkas ini.

Mudah saja kan? Para bapa pun boleh belajar!

Tapi hati-hati ya! Jangan sampai terlepas pula bayi anda dari pegangan tangan.

Dr. Hamilton menasihati, teknik ini hanya sesuai untuk bayi yang baru lahir sampailah dia berumur 3 bulan. Lepas tahap itu, mungkin bayi itu akan menjadi terlalu berat untuk anda pegang dengan sebegitu cara.

Dia juga pesan, jika bayi anda tak juga berhenti menangis, itu bermakna sama ada dia tak sihat ataupun dia lapar.

Jadi jika anda ada bayi kecil yang tak henti-henti menangis, bolehlah cuba!

Sumber: YouTube Robert Hamilton

Ad Ops