Selepas Wardina, Giliran Ibu Pula Tegur Aliff Syukri

Susulan video tarian lagu ‘Bobo Di Mana’ nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang viral, ramai yang memberi reaksi balas terhadap tarian yang dianggap keterlaluan itu.

Selain bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim turut menegur anaknya. 

Menerusi komen Rozita di Instagram Aliff Syukri, beliau menasihatkan agar anaknya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.

“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.

“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya,” komen Rozita.

SGMS Faida