Featured By: Fadzlena Jafar March 31, 2020 @ 9:25pm

Fasa kedua PKP penentu kejayaan bendung COVID-19

Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok bakal menentukan sama ada fasa pertama PKP yang dilaksanakan di seluruh negara mulai 18 Mac lalu, berkesan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kegagalan rakyat mematuhi PKP dijangka akan mencetuskan gelombang ketiga yang lebih membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Tempoh dua minggu akan datang adalah amat penting dan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

“Justeru itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah dan mengamalkan etika kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan jarakkan diri antara satu sama lain,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Selepas dua minggu pelaksanaan fasa pertama PKP, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai aliran penularan wabak COVID-19. Meskipun ketika ini jumlah harian bagi kes baharu positif COVID-19 menunjukkan peningkatan dan ada kalanya mendatar, kejayaan sebenar akan mula dilihat pada fasa kedua PKP bermula esok hingga 14 April ini.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan sekatan jalan raya Op COVID-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 di seluruh negara. (Gambar BERNAMA)

Dr Noor Hisham berkata, statistik KKM menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi positif COVID-19, iaitu individu yang berumur antara 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

“Kedua-dua kumpulan ini mungkin disebabkan mereka sering keluar atau berada di luar rumah, umpamanya faktor yang berumur 26 hingga 30 tahun itu mungkin dalam kalangan pelajar atau sering keluar rumah ketika PKP ini.

“Bagi kumpulan kedua, mereka itu mungkin ketua keluarga yang selalu keluar untuk membeli barang dan sebagainya dan mungkin dijangkiti ketika itu,” katanya.

Sehingga 31 Mac jam 12 tengah hari, terdapat 140 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumalatif di Malaysia sebanyak 2,766 kes, manakala kematian akibat COVID-19 dilaporkan bertambah enam kes kepada 43 kes keseluruhan.

Daripada enam kematian itu, satu kes membabitkan lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun yang meninggal dunia jam 1.38 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

Lima kes lagi membabitkan empat lelaki warganegara Malaysia yang berumur 69 tahun (dua kes), 73 tahun dan 81 tahun, manakala satu kes lagi wanita warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Apr 2020
Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Featured Thu, 8 Mar 2018

Eh Kenapa Logo Mcdonald’s Di California Ini Terbalik? Kena Prank Ke?

Sesiapa yang memandu lalu restoran McDonald’s di Lynwood, California hari ni mesti terkejut bila nampak lambang terkenal franchise tu terbalik. Dari bentuk M terus jadi W! Ada orang main prank ke? Ataupun ia tersilap pasang?

Sihat Sun, 24 Jun 2018

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan!