Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2021 @ 5:33pm

“Orang Macam Kau Layak Dilaknat Sampai…” – Wajah Diedit Jadi Muka Khinzir, Iqbal Zulkefli Akui Banyak Khilaf

Usahawan selebriti yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua pihak sehingga ada segelintir netizen yang sanggup menyunting wajahnya dengan muka khinzir.

Menerusi hantaran terkini Iqbal di laman Instagram miliknya, dia mengakui banyak kekhilafan diri namun masih berlapang dada dan menerima segala kritikan dan cacian netizen dengan hati terbuka.

“Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf, saya harus terima segala ini dengan hati yang terbuka,” katanya.

Tegasnya, dia tidak berdendam dengan mana-mana pihak kerana tahu tidak semua perkara yang dilakukannya itu betul.

“Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak semua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan,” katanya.

Iqbal menyuarakan permohonan maaf itu beserta beberapa keping foto di laman Instagram yang memaparkan wajahnya telah disunting menjadi khinzir dan haiwan lain oleh individu tidak bertanggungjawab.

” Kenapa la sampai macam tu sekali korang edit muka dia, benci jangan sampai mengaibkan!”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata positif selain menyifatkan tindakan menyunting imej yang disamakan seperti haiwan tersebut adalah sangat melampau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Tue, 19 May 2026

NSR Cari Penyanyi Wanita Baharu!

New Southern Records kini membuka peluang kepada bakat baharu wanita untuk menyerlah dalam industri muzik tempatan!

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Featured Mon, 8 Jun 2026

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan daripada teman lelakinya.

Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Azhar Amir Mahu Dapatkan ‘Restu’ Tun Mahathir

Siapa yang tak gementar apabila dipilih membawa watak epik negarawan Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad? Begitulah perasaan pelakon Azhar Amir apabila dipilih membawa watak utama sebagai Tun M dalam Filem Mahathir: The Journey arahan […]

Hiburan Mon, 27 Nov 2023

Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Allahu takutnya cakap macam tu? 😳 Rezeki mereka sekadar di minggu ketujuh saja 🙏🏼

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Acara Wed, 8 Feb 2023
error: Content is protected !!