Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 12, 2019 @ 8:49pm

Azhar Amir Mahu Dapatkan ‘Restu’ Tun Mahathir

Siapa yang tak gementar apabila dipilih membawa watak epik negarawan Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad? Begitulah perasaan pelakon Azhar Amir apabila dipilih membawa watak utama sebagai Tun M dalam Filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan.

Filem ini di inspirasi dari kisah benar perjuangan Tun Mahathir yang telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat pada 2003 dan dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 May 2018.  

Buat pertama kali dalam sejarah negara, beliau menjadi Perdana Menteri yang paling berusia apabila dilantik buat kali kedua pada usia 93 tahun dan mewakili dua parti berlainan semasa perlantikan pertama dan kedua. 

“Bila team produksi beritahu yang saya terpilih membawa watak utama Tun Mahathir, terus terang saya cakap..saya menggigil lah. Rasa macam tak percaya sebab ini watak epik. Tak ada siapa sepertinya, ‘the person, the character itself, the magnitude of our beloved PM who is one and only oldest, and twice elected Prime Minister‘, hanya satu dalam sejarah,” kata Azhar.

Dipilih melalui satu sesi ujibakat, Azhar mengatakan ramai nama-nama hebat dan terkenal yang turut hadir semasa sesi itu, jadi bila namanya diumumkan, ada juga yang mempersoalkan pilihan pihak produksi. 

“Saya tak marah atau melatah walaupun saya faham ini satu tanggungjawab yang besar. Saya cuma rasa gemuruh tapi saya akan cuba buat yang terbaik dan sahut cabaran itu.

“Saya akan ambil initiatif untuk belajar cara-cara Tun membawa diri, cara percakapan dan sebagainya supaya karekter saya nanti tak lari jauh dengan karekter sebenar Tun sendiri.

“Saya berharap dapat berjumpa sendiri dengan Tun Mahathir, untuk berjabat tangan dan memberitahunya yang saya akan melakonkan wataknya dan harapan saya Tun dapat memberi restunya terhadap pembikinan filem ini. 

“Apa-apa pun saya tahu itu agak mustahil kerana dia seorang Perdana Menteri …orang sehebat itu, kita tidak boleh meminta dia meluangkan banyak masa kerana masanya amat berharga. Jadi untuk bertemu empat mata adalah satu cabaran besar. Jadual Tun tentu padat..kita pun faham.” kata Azhar lagi.  

Filem Mahathir: The Journey juga akan dibintangi oleh Hilal Azman sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Dazrin Kamaruddin (Syed Saddiq), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Muhamad Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Penggambaran akan dilakukan sekitar ibu negara Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Langkawi, Alor Setar, Pulau Pinang dan Hiroshima Jepun dan akan bermula Disember nanti dengan anggaran belanja sebanyak RM6 juta. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Aloy Paradoks Pernah Gugur Watak Pelakon Wanita Kantoi Menipu, Tegas Bab Disiplin

Ha, watak terus digugurkan sebab kantoi menipu. Cakap sakit, tapi terserempak pula di restoran!

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Azar Azmi tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

LIFESTYLE Fri, 29 Dec 2017

8 THINGS YOU SHOULD NEVER MISS THE CHANCE OF DOING IF YOU GO TO IPOH

We think that’s a cue for you to get packin’! 

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Mon, 31 Dec 2018

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Alahai…comel je tengok pasangan ni kan? Sama kecil, sama padan…

error: Content is protected !!