Categories: FeaturedOh Lawa

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Seorang gadis Britain, Estelle, 19 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital apabila wajahnya bengkak secara drastik gara-gara menggunakan produk pewarna rambut.

Estelle membeli pewarna rambut berjenama itu di sebuah pasaraya berdekatan Val-De-Marne dan telah menggunakannya mengikut arahan yang terdapat pada kotak pembungkusan produk berkenaan. Namun, malang tidak berbau, bukan rambut yang kelihatan cantik, malah wajahnya berubah menjadi bengkak yang menakutkan!

Agaknya kenapa ya? Sebenarnya, Estelle cuma menjalankan proses uji alah pada bahagian kulitnya selama 30 minit sahaja, padahal arahan produk perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 48 jam. Apabila uji alah tidak meninggalkan kesan alahan, barulah pengguna boleh memakainya.

Foto: Le Parisien

Akibat kesilapan itu, wajah dan kepala Estelle membengkak dengan lebih ekstrem selama beberapa jam sehingga mencapai lebar 36cm dari saiz kepala normal miliknya yang cuma 56cm!

Foto: Le Parisien

Doktor yang merawatnya terpaksa memberi suntikan adrenalin dan dipantau oleh beberapa doktor pakar yang lain. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa Estelle mempunyai alahan terhadap sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai paraphenylenediamine (PPD) yang turut terkandung dalam pewarna rambut berkenaan. 

Foto: Le Parisien

Untuk pengetahuan anda, PPD lazimnya ditemui dalam dakwat tatu, dakwat mesin pencetak kertas, gasolin dan sebagainya. Menyeramkan!

Jadi, pada anda yang nak menggunakan apa saja produk kecantikan rambut, wajah, kulit dan apa saja, anda perlu lakukan uji alah terlebih dahulu pada bahagian kulit yang lazimnya pada bahagian siku atau belakang tangan. Sekiranya, anda reaksi negatif, janganlah guna produk tersebut!

Sumber: Wanista 

tex_admin