#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Konseert kelima Mentor 7 menyaksikan protege Aizat, Pasya membuat persembahan yang memukau seluruh penonton baik di rumah mahupun di dalam studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

” Alhamdulillah…rasa macam mimpi pun ada. Saya diberi peluang untuk menyanyikan lagu kesukaan saya. Rata-rata penonton seronok dengan persembahan kali ini.

” Cuma part menari, saya perlu perbaiki lagi. Sebagai seorang busker tegar, saya tak berapa pandai menari. Menyanyi okay,” katanya kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Pasya mengaku dia agak gementar sekiranya diberikan lagu tugasan bergenre dangdut pada masa konsert akan datang.

” Bukan tidak suka cuma saya risau bila disuruh menari. Tapi kalau dapat, saya terima dengan hati terbuka dan akan menjalankan tugas sebaiknya,” katanya.

Protege berusia 24 tahun ini antara peserta yang sering memberikan persembahan konsisten setiap minggu. Good Luck Pasya untuk konsert minggu ini!

Saksikan program Mentor 7 yang bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di TV3 dan saluran Tonton. 

SGMS Faida