Hiburan By: SGMS Faida December 4, 2018 @ 2:23pm

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Konseert kelima Mentor 7 menyaksikan protege Aizat, Pasya membuat persembahan yang memukau seluruh penonton baik di rumah mahupun di dalam studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

” Alhamdulillah…rasa macam mimpi pun ada. Saya diberi peluang untuk menyanyikan lagu kesukaan saya. Rata-rata penonton seronok dengan persembahan kali ini.

” Cuma part menari, saya perlu perbaiki lagi. Sebagai seorang busker tegar, saya tak berapa pandai menari. Menyanyi okay,” katanya kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Pasya mengaku dia agak gementar sekiranya diberikan lagu tugasan bergenre dangdut pada masa konsert akan datang.

” Bukan tidak suka cuma saya risau bila disuruh menari. Tapi kalau dapat, saya terima dengan hati terbuka dan akan menjalankan tugas sebaiknya,” katanya.

Protege berusia 24 tahun ini antara peserta yang sering memberikan persembahan konsisten setiap minggu. Good Luck Pasya untuk konsert minggu ini!

Saksikan program Mentor 7 yang bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di TV3 dan saluran Tonton. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 25 Nov 2019

Peminat Marah Mira Filzah?

Serius lah peminat marah artis?

Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Hiburan Thu, 15 Dec 2022

Kongsi Video Main Teka-Teki, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sari Yanti & Jep Sepahtu

Pelakon Sari Yanti memuat naik perkongsian yang memaparkan dia dan suami, pelawak Jep Sepahtu bersama anak-anak sedang bermain teka teki. Menerusi hantaran tersebut, Jep sedang melukis gambar haiwan dan meminta anak-anaknya untuk meneka haiwan terbabit. […]

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Thu, 15 Dec 2022
Events Sat, 14 May 2022
Featured Thu, 12 May 2022