Categories: FeaturedGaya Hidup

Ini Cara Menabung Paling Kreatif, Bermula Dari RM1 & Hasil Sebulannya Dapat RM465!

Adakah anda seorang yang gemar menabung? Jika ya, tahniah penulis ucapkan! Sebab tidak semua orang berminat dan berdisiplin untuk menabung.

Kadang-kadang ada yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ saja menabung, bila dah seminggu dah mula lupa untuk simpan duit dan akhirnya terus malas untuk menabung. 

Sebenarnya, amalan menabung tidaklah membebankan seseorang, anda perlu tanamkan azam untuk terus berdisiplin dan mempunyai cara yang tertentu agar anda sentiasa bersemangat untuk menyimpan duit.

Penulis amat tertarik dengan perkongsian oleh Hafizul Hakim di laman Facebooknya yang mempunyai cara kreatif untuk menabung. Iaitu bermula daripada RM1 dan cukup sebulan hasilnya dapat RM465. 

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, jumlah tabungan adalah RM5,580. Banyak kan? Untuk pengetahuan anda, cara menabung yang dikongsikan oleh Hafizul ini dilakukan secara berpasangan iaitu bersama isteri. Tapi, bagi anda yang masih single boleh saja ikuti cara menabung ini. Nak tahu caranya? Jom semak!

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapatlah nombor genap. 

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick pada 2hb pada kalendar. Kemudian, pada 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya sehingga akhir bulan.

Foto: Facebook

Itu saja, mudah kan? Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya:

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Jom kita sama-sama menabung!

Sumber: Facebook

tex_admin