Categories: FeaturedOh Lawa

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Biasanya selepas membuat rawatan kecantikan pada wajah, pasti kulit akan kemerahan. Kemerahan tersebut juga akan mengambil masa yang agak lama untuk hilang.

Salah satu faktor kemerahan tersebut disebabkan oleh kulit yang sensitif ataupun jerawat-jerawat yang dipicit ketika melakukan rawatan. Kadang-kadang terpaksa berkurung di rumah sebab tak nak orang lain lihat wajah anda yang kemerahan itu. Betul tak?

Foto: Miignon.com

Tapi, sebenarnya perkara ini adalah normal, cumanya anda perlu tahu cara nak mengurangkan kemerahan pada kulit wajah. Nak tahu caranya, jom semak!

1. Ais

Foto: Sirap Limau

Wajah selepas menjalani rawatan bukan sahaja kemerahan malah akan berasa sedikit pedih. Cara untuk melegakan kulit anda adalah dengan menggunakan ais. Caranya, ambil beberapa biji kiub ais dah sapu merata pada wajah.

2. Aloe vera

Foto: Grid.ID

Seperti yang kita tahu, aloe vera sangat bermanfaat untuk kecantikan, terutamanya untuk mengatasi masalah kemerahan pada wajah. Oleskan gel aloe vera pada keseluruhan wajah, biarkan sehingga kering. Kemudian, cuci menggunakan air bersih. Kesejukan aloe vera ini dapat melegakan kulit wajah anda. 

3. Toner

Foto: Dream

Anda juga boleh gunakan produk kosmetik untuk mengatasi kulit yang kemerahan. Anda boleh gunakan toner untuk membantu melembapkan, menyegarkan serta menstabilkan pH kulit anda. Bagi anda yang memiliki kulit yang sensitif, gunalah toner yang bebas dari kandungan alkohol supaya kemerahan pada wajah anda tidak menjadi lebih teruk!

4. Sheet mask

Foto: Hello Sehat

Anda juga boleh menggunakan sheet mask untuk mengurangkan kemerahan pada wajah. Sebaiknya, pilih jenis sheet mask bercirikan soothing, calming dan moisturizing. Anda juga boleh simpan sheet mask terlebih dahulu di dalam peti sejuk untuk berikan kesejukan extra kepada wajah.

Selamat mencuba!

Sumber: Vemale

tex_admin