Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 19, 2020 @ 1:11pm

Istana Flinstones milik Sultan Johor, pertama seumpamanya di dunia jadi tarikan pelancongan baharu di Mersing 

Sejak beberapa hari lalu, rakyat Johor hangat memperkatakan mengenai Istana Mersing atau Istana Flinstones milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dibina di Mersing, Johor.

Terletak di Kampung  Sri Pantai, kira-kira 15 minit dari bandar Mersing, istana peribadi Sultan Ibrahim itu kini menjadi satu lagi tarikan pelancongan di Johor, malah pelancong yang berkunjung ke Desaru pasti akan memandu ke Mersing untuk merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan istana indah itu.

Istana Flinstones yang dibina oleh seorang jurutera dan pereka dari Afrika Selatan, Patrick Finton Jonk, diilhamkan oleh Sultan Ibrahim bagi membangunkan pantai timur Johor, khususnya di Mersing.

Sultan Ibrahim bergambar kenangan dengan berlatarbelakangkan Istana Mersing. (Gambar daripada Facebook & Instagram Sultan Johor)

Dalam dokumentari di saluran History, Sultan Ibrahim bertitah, pembinaan Istana Flinstones itu akan menjadi mercu tanda ikonik baharu di Mersing dan mampu membawa limpahan pembangunan di pantai timur Johor.

“Selama ini pembangunan hanya berlaku di Johor Bahru, justeru beta memikirkan cara untuk membawa pembangunan ke pantai timur Johor. Selepas berbincang dengan beberapa rakan, beta mendapat idea untuk membina Istana Flinstones, pertama seumpamanya di dunia di Mersing.

“Istana ini diharap dapat membawa pelancong untuk datang ke Mersing, sekali gus membangunkan kawasan di sekitarnya,” titah baginda dalam temu bual yang disiarkan menerusi dokumentari berkenaan.

Menurut The Star, istana yang berwarna-warni itu dibina berikutan minat mendalam Sultan Ibrahim terhadap kartun The Flinstones sehingga mengabadikan sebahagian besar binaan dalam siri animasi berkenaan di istana indah itu.

Di perkarangan Istana Flinstones, turut dibina kenderaan yang menyerupai kenderaan purba milik watak utama siri The Flintsone, Fred. Memang unik dan nostalgik!

Kenderaan Fred Flinstone turut dibina dan diletakkan di perkarangan Istana Flinstones. (Gambar daripada Facebook & Instagram Sultan Johor)

Sultan Ibrahim yang mendapat kebenaran daripada syarikat Hanna-Barbera untuk membina Istana Mersing dengan tema siri kartun popular The Flinstones itu, turut membina muzium dan perpustakaan peribadi di dalam istana berkenaan yang menempatkan kira-kira 60,000 komik asli Marvel dari Autsralia.

Selain istana dua tingkat yang menghadap lautan indah itu, perkarangan Istana Mersing turut merangkumi satu lagi bangunan yang menyerupai rumah api dibina tidak jauh dari istana unik itu.

Dalam laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, menyatakan apabila siap kelak bangunan setinggi 60 meter yang digelar The Lighthouse itu akan menjadi bangunan tertinggi di Mersing, sekali gus mercu tanda ikonik di daerah berkenaan.

The Lighthouse masih dalam pembinaan dan apabila siap sepenuhnya akan menjadi bangunan tertinggi di Mersing, Johor. (Gambar daripada Facebook & Instagram Sultan Johor)

Sultan Ibrahim bertitah, orang kenamaan atau tetamu jemputan baginda akan berpeluang menginap di The Lighthouse yang mempunyai sembilan tingkat dan beberapa ruang untuk mengadakan perbincangan.

“Terdapat 14 bilik untuk tetamu di The Lighthouse. Bangunan ini juga dibina dengan kesan pencahayaan istimewa yang memudahkan pelancong untuk menyaksikan keindahannya atau merakam gambar,” titah baginda.

Selain reka bentuk Istana Flinstones yang berupa gua seperti dalam siri kartun The Flinstones, Facebook dan Instagram rasmi Sultan Ibrahim turut berkongsi beberapa gambar yang memaparkan bangunan lain yang dibina dalam perkarangan Istana Flinstones.

Walaupun belum dibuka untuk orang ramai melawat, rakyat boleh merakam gambar atau berswafoto berlatarbelakangkan Istana Flinstones di kawasan yang disediakan.

Jika dulu, Mersing hanya dianggap sebagai persinggahan pelancong untuk ke Pulau Tioman, kini pastinya pelancong juga datang untuk melihat sendiri Istana Flinstones dan The Lighthouse, sebelum mengabadikan kenangan di mercu tanda terbaharu Johor itu.

Kredit gambar: Facebook dan Instagram rasmi Sultan Johor/Royal Press Office

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 1 Jun 2020
Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

Featured Wed, 8 Dec 2021

Gara-Gara Cinta Ditolak, Gelandangan Ini Nekad Bakar Kereta Wanita

Ishhhh, ishhhh… Sampai macam tu sekali???

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Sat, 9 May 2020
Featured Thu, 5 Feb 2026

“Biarkan Penyondol Cap Kancil Fitnah Kita Macam-Macam” – Fazura

Fazura berpesan pada sahabatnya itu agar terus kuat dan tidak terpedaya dengan fitnah tular.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

error: Content is protected !!