Featured By: Yanie Baharom February 14, 2020 @ 2:49pm

Isteri pun boleh jadi sehangat model Victoria’s Secret kalau suami lakukan ini…

Apabila isteri atau teman wanita merajuk, kebanyakan lelaki lazimnya tidak berusaha untuk memujuk, malah ada yang buat tidak endah. Walaupun tidak semua lelaki sebegitu, kebanyakannya memang sebegitu!

Walhal wanita yang dikatakan makhluk Tuhan paling kompleks itu, bukan susah untuk dipujuk. Jika kena gaya, memang mudah sangat si dia lembut hati.

Satu cara paling berkesan bagi memujuk si dia, berikan sahaja hadiah barangan yang mereka gemari. Tidak perlu mahal, tetapi biar bermakna.

Suami, tunang mahupun teman lelaki masih boleh memberikan sesuatu penghargaan mengikut bajet dan kemampuan anda.

Selain itu, kepantangan bagi wanita apabila buah hati terlupa ulang tahun kelahiran, perkahwinan  atau perkenalan kamu dan dia. Ketiga-tiganya adalah tarikh keramat yang perlu diingat setiap tahun, kerana jika terlupa, maka merajuklah jawabnya.

Tidak perlu tunggu ulang tahun terbabit, kerana anda juga boleh ‘membeli jiwa’ si dia setiap Februari. Bagi yang ingin menghidupkan detik romantis pada bulan ini, Hari Kekasih yang hadir setiap kali 14 Februari boleh dimanfaatkan!

Jika anda masih tercari-cari hadiah istimewa untuk diberikan kepada si dia pada hari romantis ini, Victoria’s Secret, jenama terkenal yang sinonim dengan wanita kontemporari kini sedang rancak mengadakan promosi, bermula dari pakaian dalam, pewangi sehinggalah penjagaan kulit.

Inilah masa terbaik buat ‘Encik Suami’ untuk mendapatkan variasi produk di Victoria’s Secret pada harga yang amat berpatutan! 

Jika selama ini memuja kejelitaan peragawati atau ‘angels’ Victoria’s Secret seperti Adriana Lima, Behati Prinsloo, Candice Swanepoel, Kendall Jenner, Gigi dan Bella Hadid saat memperagakan rekaan terbaharu pakaian dalam jenama itu, apa kata hadiahkan pasangan anda sepasang pakaian dalam atau pijama yang mampu membangkitkan kehangatan kalian berdua!

Bagi wanita pula, tidak perlu tunggu hadiah daripada si dia, kamu juga perlu ada inisiatif untuk menjaga penampilan sepanjang hari.

Victoria’s Secret sedia membantu kerana jenama yang menjadi teman setia setiap wanita itu mempunyai pelbagai produk yang pasti membuatkan anda rambang mata. Bukan sahaja produknya cantik menawan, tetapi apa yang lebih penting semuanya berkualiti. 

Jika ingin berhias pada malam hari, bangkitkan aroma yang nyaman dengan melumurkan diri menggunakan semburan pewangi Victoria’s Secret. Antara yang paling popular dan laris di pasaran adalah Bombshell!

Ingatlah, hubungan kelamin yang aktif dan sentiasa hangat, kunci kebahagiaan rumah tangga. Barulah suami sentiasa melekat dan tidak mencari yang lain!

Bagi bakal mempelai yang akan mengikat janji setia tidak lama lagi, anda boleh mendapatkan beberapa produk eksklusif Victoria’s Secret untuk dijadikan hantaran perkahwinan, lebih-lebih lagi jenama itu mengadakan tawaran harga durian runtuh yang sedang berlangsung ketika ini.

Berikut beberapa produk Victoria’s Secret yang patut dimiliki setiap wanita:

1. Dream Angels Wicked Unlined Balconette Bra

Coli unik ini bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang menarik. Bak kata orang, usaha yang sedikit boleh membawakan impak yang besar kerana push-up bra tanpa bahan lapik ini mampu memberi keselesaan dan menaikkan payudara secara semula jadi.

Harga: RM249

2. Lace Trim Cami Set

Set mewah cami yang berwarna merah jambu dengan hiasan renda halus menyerikan penampilan.

Harga: RM329

3. Lace Plunge Slip

Tampil seksi dengan pakaian dalam ini yang tampak manis dalam fabrik satin berkilauan dihiasi renda halus dengan kemasan eyelash. Warna merah menimbulkan suasana hangat membara.

Harga: RM499

4. Shine Strap Thong

Thong yang diselaraskan dengan tali logo logam ini didatangkan dalam pelbagai warna dan tampak selesa apabila digayakan.

Harga: RM139

5. Very Sexy Shine Strap Brazilian Panty

Berbentuk minimal dengan kilauan meriah dan logo yang banyak. Ciri-ciri Brazilian seluar dalam ini adalah berpotongan di bawah pinggang, high-cut leg dan liputan belakang yang minimal.

Harga: RM139

6. Satin Long PJ Set

Pijama satin berwarna merah jambu yang dihiasi motif corak hati ini sesuai dijadikan hadiah untuk si dia.

Harga: RM499

7. Very Sexy Unlined Strappy Teddy

Bertemakan Secret Garden, baju dalam bersulamkan tulle berbunga dalam tali siluet ini amat menarik digayakan untuk penampilan seksi di bilik tidur. Perkakas bersalut warna keemasan dan cutouts berani yang menampilkan kontras pada teddy ini kelihatan terlalu sempurna untuk disorok.

Harga: RM499

8. Teddies Wicked Cutout

Tampil seksi dengan pendedahan sempurna dalam teddy halus dengan kemasan eyelash, jahitan canggih dan bahagian belakang yang terdedah.

Harga: RM499-RM599

9. Teddies Snake Charmer

Strap seksi yang berkontras dengan renda Chantilly tampak manis dalam teddy yang menghairahkan ini.

Harga: RM499-RM599

10. Teddies Unlined Strappy

Kegemaran fesyen iaitu one-piece dalam palet romantis sesuai dijadikan hadiah pada Hari Kekasih.

Harga: RM499-RM599

Mampu milik bukan? Tunggu apa lagi jom serbu seluruh cawangan Victoria’s Secret sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Tue, 30 May 2023

“Comelnya! Mata Bulat & Besar…” – Yaya Zahir Kongsi Foto Anak, Bombastic Side Eyes Jadi Perhatian!

Pergh! Dah besar nanti siapa kena bombastic side eyes ni confrim makan hati.😁😁😁

Featured Fri, 23 Sep 2022
Eat Travel Wed, 31 Jul 2019
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Zaidi Tanya Rakyat Malaysia Tentang Simpanan Mereka Untuk Masa Hadapan

Dari kecil, kita telah diajar untuk menabung wang simpanan demi kelangsungan masa hadapan. Tapi korang tahu tak sebuah kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai […]

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Best Ke Rampas Suami Orang?” – Ditanya Soalan Cepumas, Reaksi Fatin Afeefa Memang Win!

Uishhhh, ni apa kes ek? 🔥🤭 Tapi power betul jawapan Fatin Afeefa 🤣 Memang terpaling win!! 🤩

Featured Wed, 4 Oct 2023
Featured Sat, 1 Oct 2022

Titip Nasihat Untuk Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman Minta Jangan Jadi Tumpuan – “Kalau Dah Confirm, Baru Tunjuk”

Ada betul apa Azhar nasihatkan tu… Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak 😚