Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 31, 2023 @ 11:59pm

“Ada Fikir Sebelum Curang?” – Chot Dedah ‘Tak Bahagia’ Dengan Perkahwinan Dulu, Bekas Isteri Minta Jangan ‘Play Victim’

Selepas berdiam diri, pelawak Chot akhirnya membuka mulut mengenai perceraian yang berlaku di antara bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah.

Jelas Chot, dia memberi kenyataan bahawa perkahwinannya sebelum ini tidak bahagia dan berasa pelik apabila bekas isterinya itu tiba-tiba jadikan sebagai isu.

Artikel Berkaitan: “Kami Memang Tak Bahagia Pun!” – Chot Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Berkenalan Dengan Wanita Lain Sebelum Cerai
Susulan itu, Siti Zafirul atau mesra disapa Jaja pula dilihat membidas kenyataan bekas suaminya itu.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), Jaja meminta Chot untuk tidak memutar belitkan cerita.

“Jangan cuba nak putar belit cerita, dah ngaku tu curang bagus la, nak cakap aku pelik tiba-tiba buat kecoh.

“Janji-janji selama ni? Orang yang dah jatuhkan ex wife sendiri sanggup nak bela orang yang dah rampas kebahagiaan dulu… bagus la,” luah Jaja.

Malah, Jaja dilihat turut menyertakan sebuah tangkap layar dan meminta umum untuk menilainya sendiri menerusi sebuah perbualan mesej langsung (DM).

Bukan itu sahaja, Jaja mempersoalkan semula kenyataan Chot yang dikatakan tidak bahagia perkahwinannya sebelum ini

“Ini yang kata tak bahagia, sampai dah lahirkan 2 orang anak, pengorbanan lahirkan anak ada pernah kisah.

“Sebelum curang ada fikir tak pasal anak, tak kan.. please la jangan nak playvictim.

“Kesian pada Ayash (anak) yang takt ahu apa-apa, hanya tahu daddy work,” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Bercerai Angkara Orang Ketiga, Chot Raja Lawak Baru Kahwini Janda Anak 3?

Artikel Berkaitan: Gembira Atas Perkahwinan Nad Zainal, Bekas Isteri Chot Sempat Selit ‘Nasihat’ Padu Kepada…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Mar 2026
Hiburan Sat, 5 May 2018

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Sweet tau!

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Terinspirasi Dengan Aliff Syukri, Ammar Ahyan Minat Nak Sertai Bidang Politik

Ammar Ahyan simpan minat nak ceburi bidang politik.

Featured Fri, 14 Feb 2025

Fikry Ibrahim Perjelas Dakwaan Dipaksa Berkahwin, Ada Sebab Tak Hebah Perkahwinan – “Saya Banyak Fikir, Jadi Suami Tanggungjawab Besar”

“Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir”- Fikry Ibrahim.

Trending Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Che Ta tak terasa pun…

Maklumlah, setiap kali pelakon ini menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, Che Ta akan memuatnaik gambar menerusi laman sosial dengan fesyennya tersendiri.

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Alahai…Awat La Buat Lagu Tu Ara Johari?

Seorang netizen melaporkan kepada pihak panggung wayang di Malaysia kerana penyanyi itu memuatnaik video pendek dalam wayang yang dipercayai filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War.

Featured Wed, 18 Oct 2023

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Ditukar Kepada Pinjam Seratus, M. Nasir Tak Ada Masalah

Terbaiklah Datuk M.Nasir! Pinjam seratus sat🤞🤞🤞

error: Content is protected !!