Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 19, 2024 @ 3:49pm

Digelar A*jing & Puk*mak, Ibu Aliff Aziz Dedah DM Individu Hambur Kata-Kata Kesat – “Teruskanlah Jika Ini Buat Anda Bahagia”

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Alif Aziz, Hafiza Basharahil atau Fiza Aziz mendedahkan kiriman Direct Message (DM) dari seorang individu yang menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fiza menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan tampil meluahkan rasa berang terhadap ibu kepada penyanyi itu dengan menggunakan kata-kata kesat.

Selain kata-kata kesat, individu terbabit turut mendakwa Aliff menghidap penyakit HIV.

“Ooiii puk*mak! Kau dengan keturunan kau memang perangai macam a*jing kan? Pakai tudung tapi perangai macam a*jing. Dasar perempuan puk*mak. Patutlah anak perangai macam a*jing mak dia pun perangai macam binatang.

Pergi mampuslah kau anak beranak. Entah-entah anak kau si Aliff tu dah kena HIV! Dasar Singaporean binatang,” katanya.

Tenang berdepan dengan tohmahan tersebut, Fiza bagaimanapun hanya mendoakan individu terbabit berbahagia dengan tindakannya.

“Alhamdulillah teruskanlah jika ini membuat anda bahagia ya. Kami tetap du’akan Allah berkati anda sekeluarga. Salam buat ibu dan ayah anda kerana pastinya mereka akan merasa sedih jika membaca kata-kata anda ini.  Saya yakin mereka adalah insan-insan yang baik, Subhanallah.

“Mudah-mudahan di padang mahsyar kelak apabila di depan Allah orang yang anda sanjung-sanjung tanpa mengenal siapa dia sebenarnya dan bersungguh memaki hamun kami hanya untuk memuaskan hati anda. DIA akan dapat membantu anda In Shaa Allah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Terdahulu, Fiza teruk dikecam netizen sepanjang kemelut rumah tangga anaknya, Aliff dan Bella Astillah, sejak Mac lalu.

Pada 13 Jun lalu, Aliff telah pun menceraikan Bella dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekadar info, Bella telah menfailkan perceraian terhadap Aliff pada Mac lalu selepas Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Artikel Berkaitan: “Ini Versi Original” – Dituduh Masuk Campur Isu Rumah Tangga Anak, Netizen Samakan Ibu Aliff Aziz Dengan Watak ‘Halijah’

Artikel Berkaitan: Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Artikel Berkaitan: Selepas Anak Sah Bercerai, Akaun Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif! – “Sebagai Insan Wajib Belajar Dari Kekhilafan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

小女娃「丰盛茂密头发」全家人都被她的头发萌哭

这名来自澳洲雪梨的「小女娃」Alexis Bartlett刚满6个月大,她从一出生就是大家的焦点,因为她有着一头非常茂盛的秀发,出门在外常常吸引路人的目光。

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Featured Fri, 17 Apr 2026

Kasih Iris Leona Beri Amaran, Tak Selesa Dikejar Di Jalan Raya – “Jangan Drive Sebelah Kereta, Turunkan Tingkap, Lambai & Harap Saya Buat Benda Sama!”

Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.

Trending Sat, 25 May 2019

Golongan Cacat Pendengaran Dapat Mengalami Takbir Dengan Applikasi Dari Maxis

Maxis Cipta Aplikasi Mudah Alih Hari Raya Untuk Golongan Cacat Pendengaran

error: Content is protected !!