Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 23, 2024 @ 7:08pm

Gara-Gara Hanya Marah & Cubit Budak, Wanita OKU Temui Ajal Selepas Diseterika, Dipukul Beramai-Ramai

Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) intelektual atau lembam dipercayai meninggal dunia setelah diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang secara berkumpulan.

Setelah disiasat, punca pelaku bertindak kejam memukul serta meletakkan seterika di badan mangsa adalah hanya disebabkan wanita tersebut marah serta mencubit seorang kanak-kanak.

Kejadian dilaporkan berlaku di Seri Kembangan semalam.

“Polis menerima maklumat dari kakak mangsa memaklumkan adik perempuannya ditemui meninggal dunia di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa maut dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, AA Anbalagan dalam kenyataanya.

Menurut laporan Harian Metro, polis telah menahan tujuh individu iaitu empat lelaki dan tiga wanita pada jam 4 petang hari yang sama dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 79 tahun dan berasal dari Lembah Klang.

“Siasatan lanjut mendapati motif kejadian bunuh disyaki kerana mangsa yang memegang kad OKU (Intelektual ) dikatakan memarahi dan mencubit anak salah seorang suspek berusia lingkungan dua hingga tiga tahun,” katanya.

Bahkan, empat suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala tiga lagi suspek diberi jaminan polis.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Hiburan Wed, 4 Oct 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025
Featured Tue, 28 Jun 2022

[VIDEO] “Time Is Dying?”- Hilang di Los Angeles, Marshanda Ditemui Di…

Syukur Marshanda dah ditemui dengan selamat 🫶🏼

Trending Mon, 24 Sep 2018
error: Content is protected !!