Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 8, 2024 @ 5:12pm

Raih Anugerah Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024, Saal Haerid Bawa Pulang Wang Tunai RM44,247, Trofi & Percutian Mewah Ke Dubai

Pempengaruh popular Indonesia, Saal Haerid meraih anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Dengan kemenangan terbabit, Saal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000 (RM44,247), trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.

Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief dari Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS5,000 dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS3,000 dan percutian ke Dubai.

Kemenangan besar itu diumumkan dalam malam gala ASIA2024 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Flamingo, pada Sabtu.

Acara tersebut dihoskan oleh personaliti popular, Dina Nadzir dan Asyraf Nasir, yang berjaya menceriakan suasana dengan celoteh dan pengacaraan mantap mereka.

Selain anugerah utama, Saal turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai AS1,000.

Manakala bagi kategori Suntingan Terbaik dimenangi oleh Herony dari Filipina. Karya Ulasan Makanan Terbaik pula menjadi milik pempengaruh Indonesia, Abyan Calief, yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.

Kategori Penyampai Cerita Terbaik menyaksikan kemenangan Berliana dari Indonesia, manakala anugerah Pilihan Orang Ramai yang menjadi antara kategori paling dinantikan jatuh kepada Ananda Natasha, juga dari Malaysia, hasil undian peminat dan pengikut.

Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2024 juga mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 254juta tontonan kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.

Abd Rahman menjelaskan bahawa ASIA2024 bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan negara.

“ASIA 2024 menampilkan konsep unik dengan mengetengahkan tema Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Acara gilang gemilang itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood, dan turut diserikan dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Abd Rahman lagi, konsep tahun ini juga memberi fokus kepada Melaka sebagai destinasi utama, di mana peserta berpeluang mempelajari kebudayaan perkahwinan Melayu di Melaka.

“Juri yang terlibat sangat arif dalam menentukan kaedah pemilihan pemenang terbaik, dan pihak pengurusan tidak campur tangan atau bersikap pilih kasih. Sejak awal lagi, kami tekankan bahawa pemarkahan dilakukan secara adil,” katanya.

Malam gala ASIA2024 turut diserikan dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari sembilan negara, termasuk Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand, Taiwan, China, Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Para hadirin dihiburkan dengan persembahan memukau daripada selebriti terkenal seperti Bella Astillah, Yonnyyboii, dan kumpulan 53 Studio.

Acara ini merupakan sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.

Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Acah-Acah Happy?? Ini Jawapan Idzham Ismail…

Pelakon Juvana, Idzham Ismail juga nampaknya tidak terkecuali daripada menjadi sasaran segelintir dari warganet yang merasakan perkongsian positif dan foto-foto saat gembira dengan isteri dikira seperti ‘dibuat-buat’ atau ‘acah-acah happy’.  Pernah menerima mesej peribadi dari […]

Hiburan Sun, 14 Jul 2024

“Silap Dalam Penyampaian Harus Diperbaiki, Janganlah Hentam” – PU Riz

Haris mengakui masyarakat sekarang lebih peka mengenai ilmu agama.

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Hiburan Thu, 1 Dec 2022

Lucu! Slang Maryam Durian Kimchi Belajar Cakap Kelantan Buat Ramai Ketawa

Pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar mereka itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Ryzal di laman TikTok mereka berdua iaitu […]

Trending Wed, 16 Dec 2020
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Featured Thu, 17 Apr 2025

Cantik Bukan Sebab Jalan Pintas, Scha Elinnea Nafi ‘Buat’ Hidung

Scha menjelaskan menjelaskan video tular memperlihatkan dia sedang melakukan prosedur rawatan hidung di sebuah klinik baru-baru ini.

error: Content is protected !!