Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 14, 2024 @ 2:06am

“Silap Dalam Penyampaian Harus Diperbaiki, Janganlah Hentam” – PU Riz

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz merasakan orang ramai tidak boleh terus menghentam atau menyalahkan seseorang asatizah hanya dengan satu kesilapan yang dibuat.

Memberi pendapat secara umum, suami kepada selebriti Neelofa ini percaya setiap asatizah atau ustaz di Malaysia ini terdiri daripada mereka yang berilmu.

“Kalau pendapat saya, misal kata kalau di tempat awam, memang kita disuruh untuk membaca hadis atau benda yang sahih tapi kalau benda itu untuk pendidikan dan pengajaran, saya pun ada baca dalam kelas saya di satu universiti. Ia untuk pengajian kita bersama.

“Tapi apa-apa pun ia tidak menghilangkan kebaikannya, atau sesiapa sahaja. Kalau dia tersilap sikit, janganlah begitu. Kalau seorang buat salah, semua orang tegur pun tak molek juga. Maksudnya kita tegur dan bagi nasihat, sudahlah,” katanya.

Haris ditemui di majlis pelancaran Nunha Store di pusat membeli-belah MyTown, Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Haris, semua pihak ada silap tersendiri dan seharusnya khilaf itu ia diperbaiki, bukannya dihentam.

“Saya rasa kita semua orang ada silap kita dan silap dalam penyampaian ini adalah baik untuk dibaiki dan orang pun janganlah hentam. Mereka bukan orang jahat, ustaz-ustaz kita di Malaysia semua orang baik.

“Yang mengajar Al-Quran pun bagus jadi bagi saya jangan matikan asatizah-asatizah yang baik di Malaysia ini. Kita sayang ustaz-ustaz kita,” katanya.

Ketika ditanya media mengenai kontroversi yang terkait dengan Ustaz Don Daniyal yang digugurkan dari mengacarakan program Salam Baitullah 2024 sebelum ini, Haris tak mahu mengulas terlalu terperinci mengenai perkara itu dan hanya memberikan komen secara umum.

Dalam pada itu, Haris mendedahkan dia pernah ditegur sebelum ini dan menerima teguran itu dengan hati yang terbuka.

“Saya pun pernah kena juga tapi rezeki saya apabila benda itu ditegur oleh asatizah yang lain jadi saya menerima dan saya insaf. Taknaklah buat lagi sebab ia membabitkan kredibiliti dan berkait dengan banyak perkara.

“Saya pun pemegang tauliah Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri yang lain jadi saya rasa kena jaga sebab ini karier kita juga dan setakat mana kita boleh buat dakwah itulah, sebab kalau kita tiada tauliah, susah nak masuk negeri-negeri lain,” katanya.

Dalam masa sama, Haris mengakui masyarakat sekarang lebih peka mengenai ilmu agama.

Haris turut memuji penulisan yang dibuat oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang boleh dirujuk oleh orang ramai.

“Ya betul, orang ramai sekarang lebih ‘strict’ dalam menerima hukum sebab orang bercakap. Kadang-kadang orang yang tak mengaji agama, nak bercakap juga. Itu perkara yang tidak berapa baiklah.

“Sekarang pun setiap negeri ada laman fatwa masing-masing yang bagus untuk kita baca. Jadi kita ikut negeri kita. Mufti yang paling saya nak puji adalah bekas mufti kita, Dr Zul, kalau nak rujuk tanya dia.

“Penulisan dia baik dan ramai ustaz ambil manfaat dari penulisan dia. Kadang-kadang kita nak jawab takut salah, kita tengok dia, penuh dengan dalil dan pandangan yang baik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Alamak makin panas isu jual rumah ni.. Semoga perkara ni boleh selesaikan dengan cara baik sesama adik beradik

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya. Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media […]

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Hebat! Elfira Loy Bawa Rakan Pengapit Terbang Ke Tianjin

Untung siapa yang dapat jadi brideamaid Elfira & Faris ni kan, dapat travel ke Tianjin!

Featured Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!