Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 31, 2023 @ 6:08pm

“Kami Memang Tak Bahagia Pun!” – Chot Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Berkenalan Dengan Wanita Lain Sebelum Cerai

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai keretakan rumah tangga pelawak Chot dan bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah yang didakwa berakhir gara-gara orang ketiga.

Terbaharu, memetik laporan mStar, Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan tampil menepis dakwaan bekas isterinya itu dan menjelaskan isteri baharunya Zurina Badron bukanlah punca keretakan rumah tangganya.

“Tidak dinafikan setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Kami sudah cuba sehabis baik untuk menyelesaikan masalah itu. Selama bertahun-tahun kahwin, kami masih tidak mampu capai kata sepakat dalam banyak perkara.

“Apa yang bekas isteri cakap tentang punca orang ketiga membuatkan dia tidak bahagia, tapi kami memang sudah tidak bahagia pun.

“Malah sebelum cerai pun saya sudah beritahu yang saya berkenalan dengan wanita lain. Kami pun dah jelaskan semuanya,” katanya.

Tambah Chot, dia bingung dengan tindakan bekas isterinya itu yang memperbesarkan isu ini di hari bahagianya malah beranggapan mungkin terdapat hasutan.

“Saya tidak faham mengapa dia mahu memperbesarkan isu ini sewaktu di hari pernikahan saya sedangkan daripada kami bertunang pun dia sudah tahu.

“Bagi saya mungkin ada suara-suara ghaib di belakang yang cuba menghasut perkara ini berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chot turut menjelaskan tentang nafkah buat anaknya yang dibangkitkan Azzah.

“Saya tidak pernah culas memberi nafkah buat anak kami. Tetapi kalau dia bertindak untuk memburukkan saya di media sosial, ia secara tidak langsung bakal merosakkan kerjaya saya.

“Kalau saya dah tak ada kerja nanti macam mana nak bagi nafkah? Pada saya, perkara seperti ini tidak perlu dibesarkan di media sosial,” jelas Chot.

Mengulas mengenai isu yang melanda, Chot memberitahu dia tidak mahu menceritakan kisah rumah tangganya kepada umum malah memohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dirinya dan keluarga.

“Sebenarnya saya nak cerita pun malu sebab takut buka aib sendiri. Tapi buat masa sekarang biarlah perkara pun dah jadi.

“Disebabkan itu saya rasa hal-hal rumah tangga tidak perlu dikongsi di media sosial. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa dan saya berharap agar orang diluar sana yang tidak tahu cerita sebenar berhenti buat spekulasi buruk terhadap saya,” harapnya.

Terdahulu Chot telah mendirikan rumah tangga dengan Zurina Badron yang merupakan kakak kepada penyanyi Syura Badron beberapa hari lepas.

Untuk info, Chot pernah mendirikan rumah tangga bersama Siti Zafirul Azzah pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Sher Hayyaz.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Elfira Loy Belanja RM10,000 Mekap Di LA

Berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Wed, 10 Jul 2024
Events Mon, 25 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah diucapkan buat semua peserta DFKL 2019!

Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya. […]

error: Content is protected !!